Janji Mahathir sebagai PM setahun langsung tak boleh pakai

Gambar Hiasan***

PETALING JAYA: Janji kitar semula bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau hanya akan menjadi perdana menteri bagi tempoh singkat jika menang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sukar dipercayai, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid berkata, nasib kerajaan dan rakyat bukan bahan uji kaji seperti yang dilakukan oleh mereka ketika memerintah sebelum ini.

“Amat sukar untuk Malaysia mempercayai janji ‘recycle’ Mahathir. PRU14 dia berjanji hanya jadi perdana menteri untuk tempoh dua tahun sebelum menyerah jawatan kepada salah seorang sekutunya, namun semua tahu apa yang telah terjadi.

“Nasib kerajaan dan rakyat di Malaysia ini bukanlah bahan uji kaji seperti yang dilakukan oleh mereka ketika memerintah sebelum ini. Negara jadi kacau-bilau menyebabkan BN perlu masuk campur bagi memastikan kelangsungan pentadbiran melalui pembentukan kerajaan sementara,” katanya di Facebook.



Presiden Umno itu turut menyifatkan tindakan Mahathir selaku pengerusi Pejuang senada dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin dalam menyerang kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Kedua-duanya dapat dilihat amat mengidam mahu kembali sebagai perdana menteri walaupun terbukti gagal selepas pernah diberi peluang sebelum ini.

“Mungkin terdesak gara-gara takutkan bayang-bayang sendiri kerana apa yang mereka sudah lakukan terhadap lawan politik yang dikhuatiri boleh menggugat kepentingan mereka,” katanya.

Susulan dakwaan Mahathir bahawa kerajaan campuran sedia ada tidak memiliki pakar yang dapat mengatasi masalah ekonomi, Zahid berkata, Mahathir harus muhasabah diri dengan kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang rendah ketika pemerintahannya.



“Banyak perniagaan ditutup menyebabkan ramai hilang pekerjaan. Dana seperti Petronas, Khazanah Nasional dan Tabung Haji menyusut. Indeks Bursa pun pernah jatuh 300 mata ke bawah 1,600. Negara kembali bergantung terhadap rizab petroleum.

“Aset strategik negara dijual untuk menampung perbelanjaan, kerajaan tidak mesra pembangunan infrastruktur, gagal menjaga hubungan diplomatik yang signifikan bagi ekonomi negara,” katanya.

Kata Zahid lagi, dasar ekonomi Malaysia yang progresif berubah menjadi regresif mengundur ke belakang malah kebajikan rakyat dikurangkan sehingga terpaksa mengikat perut.

“Dakwaan Mahathir juga ibarat menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri kerana anggota Kabinet mengendalikan portfolio berkaitan pemulihan ekonomi ketika ini juga bekas anggota Kabinetnya ketika mengetuai kerajaan PH selama 22 bulan,” katanya.



Terdahulu, Mahathir memaklumkan beliau bersedia untuk kembali dilantik menjadi perdana menteri bagi kali ketiga sekiranya terus menerima desakan dan jika tiada calon lain yang sesuai.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau sebenarnya mahu memilih untuk berehat dan hanya mahu memainkan peranan sebagai penasihat, namun jika terus menerima desakan, beliau tidak keberatan untuk menjadi perdana menteri sekali lagi.

Mahathir yang juga pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) bagaimanapun berkata, jika beliau kembali menjadi perdana menteri, ia mungkin untuk tempoh setahun saja.

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Hattan menangis ketika nyanyikan lagu ciptaan Bob Lokman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker