Kakak ‘taknak jatuh’, mahu disolek seperti adik walaupun bukan pengantin

 

Kedua-dua wanita ini sebenarnya merupakan pasangan adik beradik. – TikTok @shintabarbie

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang lelaki yang didakwa mengahwini dua wanita secara serentak dalam satu majlis di wilayah Jawa Tengah, lapor laman berita Detik semalam.

Berdasarkan video dalam aplikasi TikTok yang dimuat naik jurusolek pengantin dikenali sebagai Shinta Barbie,

Dia berkata, kedua-dua ‘pengantin’ wanita berkenaan sebenarnya adik-beradik dan pengantin lelaki tidak berpoligami seperti yang disangka netizen.



“Ini merupakan tradisi di sebuah kampung di derah Pati. Jika mempunyai dua orang anak perempuan, ketika si adik berkahwin, si kakak perlu disolek seperti pengantin.

“Dua beradik ini mempunyai perbezaan umur 12 tahun,” kata Shinta sambil menambah, adat penduduk setempat itu digelar ‘murwokolo kembang sepasang’.

Acara perkahwinan itu berlangsung pada 21 September lepas.

Video tersebut menjadi tular dengan ada antara netizen yang menyangka pengantin lelaki berkahwin dengan dua wanita serentak.



“Kiranya, dia mempunyai dua isteri?” kata seorang pengguna.

“Kalau adiknya berkahwin, mengapa kakaknya akan disolek juga?” soal seorang netizen. – Agensi

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah



Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Hattan menangis ketika nyanyikan lagu ciptaan Bob Lokman



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker