Hukum membunuh dan memakai aksesori dari kulit ular

Hukum membunuh dan memakai aksesori dari kulit ular

Ia haiwan berbisa dan kita harus bunuhnya. Namun bagaimana cara terbaik untuk membunuhnya? Dalam Islam kita dinasihatkan membunuh ular dengan cara yang baik dan dilarang membunuh dengan cara membakar.

Jika membunuh ular dengan cara membakar sebenarnya ada satu hadis dari Abu Daud yang menyebut,

“Jika kalian menemui seseorang maka bunuhlah janganlah bakar dia kerana tidak boleh menyeksa dengan api kecuali Tuhan Api (Allah)”.

Hadis ini diriwayatkan berkaitan peperangan, di mana kita dilarang membunuh orang dengan menggunakan api.

Jadi kita tidak boleh membandingkan dengan kisah nabi yang membakar sarang semut akibat semut telah menggigitnya semasa berada di bawah sepohon pokok. Sebenarnya nabi buat ada sandarannya.

Kenapa dia bunuh semut dengan bakar, kerana ia haiwan yang kecil dan banyak. Jadi itu adalah cara yang terbaik kerana tidak mungkin untuk bunuh seekor-ekor. Begitu juga dengan sarang lebah. Takkanlah mampu untuk kita membunuhnya seekor-seekor dan kelihatannya macam tidak logik pula.

Hukum pakai barangan ular

Berbalik pula orang menggemari aksesori daripada kulit ular. Bagaimana pula dengan hukum tersebut?

Menurut Pensyarah Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Salasiah Hanin Hamjah, sesungguhnya Allah telah mengatakan bahawa Allah menghalalkan pada kamu pada hal-hal yang baik dan haramkan perkara yang menjijikkan. Jadi di sini ular tergolong dalam haiwan yang menggelikan dan menjijikkan.

Namun begitu, kita masih boleh menggunakan produk dan aksesori yang berasal daripada ular yakni kulitnya seperti tas tangan, tali pinggang, kasut. Di dalam konsep ini, ular tersebut telah mati dan seterusnya diambil kulit serta di mana walaupun ia tergolong dalam kulit bangkai, ia menjadi suci dengan penyamakan.

Adakah samak itu sama seperti samak menggunakan air tanah? Jawapannya tidak! ia menggunakan sistem pensterilan di dalam proses pengilangan sehingga ia berubah menjadi satu benda baru, maka ia dianggap proses penyamakan. Harus diingat bagi haiwan anjing dan khinzir, ia tidak boleh sama sekali sampai bila-bila walaupun telah disamak melalui proses pensterilan itu kerana ia kategori najis berat.

Ia juga boleh disokong dengan satu kisah nabi di mana terdapat kambing mati dan nabi berkata,

“Kenapa kalian tidak menggunakan kulitnya dengan menyamaknya dan manfaatkannya?”

Mereka jawab, “Mana boleh Rasulullah kerana ia sudah bangkai.”

Kemudian nabi menjawab kembali, “Diharamkan adalah memakannya bukan kulitnya.” Jadi jelas di sini, proses samak itu dibolehkan.

Kesimpulan yang dapat dirumuskan, jelas sekali ular merupakan haiwan yang dituntut untuk dibunuh kerana sifatnya yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang. Itulah fitrah bagi ular.

Sebenarnya manusia juga ada kalanya menyamai fitrah ular, yang membelit dan memberi mudarat kepada rakan dan orang di sekeliling. Jelas Salasiah, sikap manusia seperti inilah yang dinamakan hasad dengki. Rasa dengki menyebabkan seseorang itu tidak mahu ada orang lain mengatasinya.

Mereka ini tidak akan aman hatinya selagi keistimewaan orang yang didengki berpindah kepadanya ataupun keistimewaan itu hilang daripada orang yang didengki. Malah di dalam perniagaan ataupun apa-apa bidangnya pun perasaan hasad dengki ini tidak pernah akan hilang.

Disebabkan itulah, Islam ada mengajar kita mengatasi perasaan dengki seperti tukar perasaan itu dengan memuji, tukar dengan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan. Insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja. Utv

Hukum membunuh dan memakai aksesori dari kulit ular


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Hattan menangis ketika nyanyikan lagu ciptaan Bob Lokman

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker