Siti Nurhaliza nyanyi lagu Tamil di Konsert AR Rahman

Siti Nurhaliza nyanyi lagu Tamil di Konsert AR Rahman

Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak menyangka apabila penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman bakal menampilkannya sebagai penyanyi jemputan pada Konsert AR Rahman – Secret of Success – Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Siti berkata, pertemuan bersama AR Rahman di kediamannya beberapa tahun lalu mengeratkan hubungan persahabatan antara mereka sekali gus berpeluang untuk membuat persembahan pada konsert penyanyi yang cukup disegani ramai itu.

“Sebenarnya beberapa tahun lalu saya pernah menjemput AR Rahman untuk datang ke rumah selepas dimaklumkan beliau berada di Malaysia. Jadi saya ada menghubungi pihak penganjur dan tak sangka dia menyambut baik pelawaan itu.

“Bermula dari situ, kami saling berbalas emel untuk berkongsi segala perkembangan dan terbaru saya dapat tahu dia akan buat konsert di sini. Beliau juga ada maklumkan dan bertanya mengenai jadual seni saya.

“Bagaimanapun saya beritahu yang saya bercuti panjang di luar negara, kemudian beliau mempelawa saya untuk berkolaborasi dengannya pada tarikh yang diberikan. Saya pun apa lagi, ibarat pucuk dicita ulam mendatang, saya terus bersetuju,” katanya.

Menurut Siti, pada konsert terbabit beliau bakal menghiburkan peminat dengan sebuah lagu Tamil ciptaan AR Rahman dan sedang giat melakukan persiapan untuk konsert itu.

“Saya agak gementar untuk menjayakan persembahan ini kerana pertamanya saya bekerjasama dengan idola saya selain perlu memastikan sebutan lagu ini disampaikan dengan betul.

“Mujur ada kawan baik Datuk K (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) yang berbangsa India sudi mengajar dan membantu saya. Hari pertama dengannya, saya hanya belajar sebutan, kemudian saya ambil masa dua hingga tiga hari untuk menghafal lirik.

“Lagu yang bakal disampaikan ini adalah sebuah lagu lama yang cukup terkenal ciptaan AR Rahman. Jadi setiap hari saya berlatih dan pastikan sebutannya jelas dan betul,” katanya. HM

Siti Nurhaliza nyanyi lagu Tamil di Konsert AR Rahman

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker