Emma makin seksi, daring

Emma makin seksi, daring

Jolokan seksi dan sensasi bukan perkara luar biasa dalam landskap kehidupan pelakon kacukan Melayu-Scotland, Emma Maembong, 30.

Namun, imej seksi Emma atau sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail dilihat semakin menjadi-jadi sejak berkahwin dan bergelar ibu kepada cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia setahun enam bulan.



Tidak keterlaluan dikatakan penampilan pelakon drama Kerana Dia Manusia Biasa dan Cemburu Seorang Perempuan itu kian daring dan berani, sejak akhir-akhir ini.

Bagi Emma, dia lebih selesa menjadi diri sendiri, malah, apa yang dilakukan untuk menghargai dirinya.

“Sebenarnya, saya pakai apa yang saya rasakan selesa. Jika diikutkan, cara saya berpakaian sama sejak remaja lagi.

“Takkan bila berkahwin dan memiliki anak, saya kena berubah. Bagi saya, anak adalah rezeki dan biarlah saya menjadi diri sendiri.



“Ada netizen beranggapan saya berpakaian seperti budak-budak, tetapi itulah cara saya menghargai hidup. Selagi selesa, saya pakai. Seperti bercuti di pulau, saya pakai pakaian yang sesuai.

“Jika ada yang tidak suka melihat cara saya berpakaian, tidak mengapa. Saya sentiasa positif dengan apa yang dilakukan,” katanya kepada BH Online.

Wanita kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu itu berkata, dia hanya mengharapkan doa yang baik-baik agar dibukakan pintu hati untuk berubah ke arah kebaikan.

“Bohonglah, saya tidak mahu berubah, suatu masa nanti. Siapa tahu saya kembali berhijab dengan doa yang baik-baik.



“Sebagai wanita, saya akan berhijab juga pada penghujungnya. Berubah sudah pasti, tetapi janganlah kaitkan dengan anak saya,” katanya.

Emma percaya, memakai apa yang dirasakan selesa seperti menghargai diri sendiri.

“Tidak bermakna sudah memiliki anak, saya perlu ketepikan apa yang disukai.

“Namun, dalam soal apa sekalipun, saya tetap menjaga batasan sebagai isteri dan ibu.



“Tidaklah saya memakai bikini. Saya masih tahu batasannya, cuma sekarang biarlah saya menghargai diri dengan memakai apa yang saya nak,” katanya.

Mei lalu, penampilan Emma dengan baju tiada lengan ketat, berseluar merah dan tampil menggubah gaya rambut mengundang kecaman netizen.

Rata-rata pengikut meninggalkan komen menegur penampilan Emma yang dilihat semakin seksi dan membandingkan dengan penampilannya berhijab, sebelum ini.

Namun, kata Emma, apa sahaja kritikan netizen tidak lagi memberi impak seperti dahulu.



Katanya, dia lebih tenang dan mengambil sikap tidak endah bagi menjaga kesihatan mental. Tindakannya itu juga secara langsung memberikan persekitaran positif buat anaknya.

“Zaman bergaduh dan berperang dengan netizen sudah berakhir. Sekarang saya sudah capai impian iaitu memiliki anak.

“Jika dahulu mungkin sebab berdarah muda saya balas kecaman semula.

“Saya rasa nak betulkan apa yang netizen cakap. Namun, situasi sekarang amat berbeza.



“Saya sudah berusia 30 tahun, memiliki suami dan anak. Inilah perkara yang saya impikan sejak dahulu. Jadi, saya perlu memberi perkara terbaik untuk menjaga rumah tangga,” katanya.

Namun, aktres yang pernah diangkat Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-29 (ABPBH29) itu sedar, netizen tetap mengecam biarpun perkara baik dilakukan.

“Buatlah apa sahaja, saya tak mampu menutup mulut netizen dari terus mengecam. Memang saya tak mampu mahu memuaskan hati semua orang.

“Jadi, tiada guna membalas kata-kata netizen. Ada baiknya, saya fokus kepada anak yang masih kecil.

“Sekarang, semuanya saya fikir soal anak,” katanya.

Ekoran itu, Emma mengakui, dia sukar melatah dan tertekan dek kecaman netizen.

“Emosi saya hanya untuk anak sahaja. Saya tiada masa nak melayan emosi orang lain.

“Namun, saya banyak belajar daripada pengalaman lalu. Suatu ketika dahulu, saya sangat lantang, namun, sekarang saya rasa tidak perlu lagi.

“Jadi, saya fokus kepada kehidupan saya sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Emma juga berhasrat untuk menambah cahaya mata, namun belum dikurniakan rezeki.

“Saya sedang berusaha mendapatkan anak kedua, tetapi nampaknya, belum diberikan rezeki.

“Jujurnya, saya memang nak sangat tambah cahaya mata. Sesetengah orang mungkin lebih suka menunggu anak pertama membesar, tetapi saya pula mahu sekali harung.

“Mungkin sebab saya memiliki 11 adik-beradik, semuanya jarak hanya setahun sahaja.

“Apabila mempunyai anak-anak buah, saya banyak menjaga mereka sebab saya sangat sukakan kanak-kanak.

“Jadi, saya kahwin memang untuk memiliki ramai anak, tetapi belum rezeki,” katanya.

Emma mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar dan dikurniakan bayi lelaki, Shariq Gabriel pada November 2020. BH

Emma makin seksi, daring


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mat Kilau kutip RM39j dalam 10 hari

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan – PM

Jada Pinkett Smith Akui Ketagih Melakukan Onani Berkali-kali Dalam Sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker