Ucapan saya dimanipulasi, jadi propaganda politik – Zahid

Ucapan saya dimanipulasi, jadi propaganda politik – Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempertahan ucapannya mengenai menghadapi banjir ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang sebenarnya memberi gambaran kepada Perdana Menteri betapa jentera Barisan Nasional (BN) bersedia pada bila-bila masa walau dalam apa jua keadaan dan situasi.

Beliau berkata, ucapan itu juga jelas bagi memberi gambaran kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa jentera BN sanggup meredah segala cabaran demi memastikan kemenangan pada PRU15 milik parti berkenaan.

“Bagaimanapun ucapan bagi menyatakan semangat serta kesiapsiagaan jentera BN itu dimanipulasi dan dipropagandakan konon BN tidak mempedulikan keselamatan rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pembangkang hanya menggunakan banjir sebagai alasan untuk tidak mengadakan PRU15.

“Bermula dengan alasan negara masih di peringkat pandemik dan seterusnya menggunakan alasan memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan apabila memasuki fasa ke endemik.

“Kini mereka menggunakan pula alasan banjir sedangkan bekas Perdana Menteri mereka pernah mengadakan PRU pada November 1999,” katanya.

Beliau sebaliknya percaya kepada kemampuan dan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjayakan amalan demokrasi dalam sebarang situasi.

“Namun, jika benar lawan BN khuatir PRU15 diadakan semasa banjir bukannya alasan terbaharu demi menyelamatkan politik mereka maka kita adakan PRU15 sekarang.

“Sudah masa untuk mereka walk the talk dan tekanlah butang supaya SPR boleh tetapkan tarikh terhampir untuk rakyat memilih sebuah kerajaan baharu yang stabil dan lebih kukuh.

“Rakyat tidak pernah lupa dan mudah tertipu lagi dengan kisah yang telah dipertontonkan oleh kerajaan 22 bulan,” katanya. Utusan

Ucapan saya dimanipulasi, jadi propaganda politik – Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Jadi janda tidaklah hina – Fatin Afeefa

Cukup sudah dengan Anwar dan Mahathir

Akulah Penyamun – PKR

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker