Penggunaan mata wang kripto, aset digital dalam sektor kewangan Islam dijangka terus meningkat

Penggunaan mata wang kripto, aset digital dalam sektor kewangan Islam dijangka terus meningkat

Tahap penggunaan mata wang kripto dan aset digital dalam sektor kewangan Islam dijangka meningkat sebanyak 16% dalam tempoh lima tahun akan datang didorong penerimaan yang semakin bertambah.

Hasil kajian yang dijalankan IslamicMarkets.com, mendapati dua daripada tiga (63%) meramalkan berlaku peningkatan drastik dalam tempoh berkenaan.

Jumlah itu meningkat kepada 70% yang mengatakan penggunaan Metaverse dalam sektor kewangan Islam akan meningkat dalam tempoh tiga tahun akan datang, dengan 20% meramalkan peningkatan drastik dalam evolusi digital dalam kewangan Islam.

Sebelum ini, kebanyakan pihak dalam sektor kewangan Islam bersikap skeptikal terhadap kripto dan aset digital tetapi hasil kajian mendapati berlakunya peningkatan drastik dalam peraturan yang meyakinkan profesional untuk melihat perkara itu dengan lebih dekat.

“Negara Islam terkemuka seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi merupakan antara pemain utama dalam sektor kripto dan aset digital.

“Kajian juga mendapati penggunaan kripto dan aset digital dalam kewangan Islam adalah kerana ia tidak perlu membayar faedah seperti dalam kes Bitcoin yang menarik minat individu konservatif.

“Peningkatan penerimaan dalam kalangan pelabur institusi arus perdana juga berjaya meyakinkan orang ramai serta penambah baikan dalam sektor kripto dan aset digital,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kajian yang dijalankan IslamicMarkets.com itu adalah bertujuan menyokong Forum Kewangan Islam Global 2022 (GIFF2022) yang akan berlangsung pada 5 dan 6 Oktober 2022.

Forum bertemakan ‘Take the Reins’ itu dianjurkan oleh Persatuan Perbankan Islam dan Institusi Kewangan Malaysia (AIBIM) dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) yang antara lain untuk mengukuhkan kedudukan kepimpinan global kewangan Islam.

Pengerusi GIFF2022, Arsalaan Ahmed berkata, banyak pihak dalam sektor kewangan Islam mengelak darupada terlibat dengan mata wang kripto kerana ketidakstabilannya dan perkara itu berkemungkinan berubah kerana peningkatan minat terhadap aset digital dan Metaverse.

Ramai dalam sektor kewangan Islam telah mengelak daripada mata wang kripto yang, memandangkan turun naik baru-baru ini, telah membuktikan langkah bijak tetapi itu mungkin akan berubah dengan minat yang semakin meningkat dalam aset digital dan Metaverse.

“Peranan negara seperti UAE dan Arab SAudi dalam kripto dan aset digital sangat penting untuk meningkatkan minat dunia Islam terhadap mata wang kripto,” katanya. DN

Penggunaan mata wang kripto, aset digital dalam sektor kewangan Islam dijangka terus meningkat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Jadi janda tidaklah hina – Fatin Afeefa

Cukup sudah dengan Anwar dan Mahathir

Akulah Penyamun – PKR

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker