Belanjawan 2022 dibentang 29 Oktober ini

Belanjawan 2022 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 29 Oktober depan yang akan menumpukan kepada tiga fokus utama.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia membabitkan agenda memacu pemulihan ekonomi, membina semula daya ketahanan negara dan memangkin pembaharuan atau ‘Recovery, Resilience, Reform’.

Menurutnya, tumpuan khusus akan diberikan kepada usaha untuk memulihkan sektor terjejas seperti pelancongan, meningkatkan keupayaan sistem kesihatan awam serta skop perlindungan sosial.

Katanya, tumpuan juga diberi untuk merancakkan ekonomi digital dalam usaha mengukuhkan daya saing negara dalam menghadapi norma baharu global.

“Insya- ALLAH, kerajaan menerusi Kementerian Kewangan buat pertama kalinya akan menerbitkan kenyataan Pra-Bajet.

“Ia termasuk dokumen konsultasi rakyat mengenai tumpuan dasar pada bulan Ogos nanti selaras dengan usaha meningkatkan ketelusan proses serta penglibatan rakyat dalam penyediaan bajet tahunan,” katanya semasa membentangkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Sidang Dewan Rakyat pada Isnin.

Belanjawan 2022 dibentang 29 Oktober ini

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Darurat tak disambung, 6 ordinan dibatalkan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker