Bergaduh kerana burung RM10,000 seekor
Bergaduh kerana burung RM10,000 seekor
KOTA BHARU: Polis menahan dua individu susulan pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki yang didakwa berkaitan kecurian seekor burung yang dikatakan bernilai RM10,000 di Kampung Pantai Kundor di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, kedua-duanya berusia 38 dan 44 tahun diberkas selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 8.33 malam.
Katanya, pihaknya juga sudah mengenal pasti individu lain yang terbabit dan tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat.
“Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu video berdurasi 24 saat yang tular di aplikasi WhatsApp pada 8 malam tadi, memaparkan pergaduhan sekumpulan individu di Kampung Pantai Kundor.
“Setakat ini dua orang ditangkap bagi membantu siasatan. Usaha mengesan dan menangkap suspek lain sedang giat dijalankan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu, video tular itu menunjukkan sekumpulan individu bergaduh termasuk menggunakan kayu kerana didakwa seorang lelaki mencuri burung yang bernilai hampir RM10,000.
Orang ramai diminta tidak membuat spekulasi berkaitan kejadian dan mereka yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada Asisten Superintendan Mohd Ridhuan Ismail di talian 019-2454124 atau 09-7752200. BH
Bergaduh kerana burung RM10,000 seekor
Baca Artikel Menarik:
- Perak kaya atau Teong Kim tiada kerja – TMJ
- Ringgit jatuh ke paras RM4.56 berbanding dolar AS
- Najib sedang dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras
- Suami bunuh diri, wasiat isteri bayarkan hutang
- Bekas Presiden MCA sertai Warisan?
- Apa masalah Dira dilantik? – Zahidi
- Adakah Pas anggap Muhyiddin musuh utamanya sekarang? – Asyraf
- BN tak akan bekerjasama dengan PBM – Isham
- Pemandu samseng jalanan di Bandar Tun Hussein Onn diburu Polis
- Janda diserang dan ditetak bekas suami di tepi jalan
- Korea Selatan buru pengasas mata wang kripto, RM182 bilion lesap
- Dulu nak Mora out, sekarang nak balik
- Pemuda Bersatu dakwa Muhyiddin beri nasihat tapi Ismail tak buat apa-apa
- Banyak cadangan PM dibantah rakan kerajaan, elok bubar saja Parlimen
- Adik maut dilibas abang guna parang sabit
- Jangan sampai dipijak orang ketiga – Puteri Sarah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.