Ismail akan berucap guna bahasa Melayu di UNGA77

Ismail akan berucap guna bahasa Melayu di UNGA77

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan berucap menggunakan bahasa Melayu pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) Ke-77 yang berlangsung di ibu pejabat PBB, New York dari 22 hingga 25 September ini.

Ini bermakna, beliau menjadi Perdana Menteri pertama yang berucap dalam bahasa Melayu di pentas berprestij PBB dan didengari di seluruh dunia.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, ia adalah inisiatif Perdana Menteri untuk memartabatkan bahasa Melayu di persada antarabangsa terutama di platform PBB.



“Usaha ini jelas akan melakar sejarah penting buat negara,” katanya.

Ismail Sabri dijadual tiba Jumaat ini (waktu Malaysia) untuk lawatan tiga hari dan menyampaikan kenyataan negara semasa sesi debat umum pada Sabtu serta berucap pada hari sama dengan pemimpin tertinggi Palestin, Thailand, Kemboja, Iraq, Greece dan Bangladesh.

Wisma Putra memaklumkan, Ismail Sabri dijangka mengetengahkan isu-isu berkaitan cabaran dan konflik global seperti Covid-19, situasi di Ukraine, Palestin dan Myanmar, tindakan iklim serta pembangunan mampan selari dengan tema debat umum sesi ke-77 iaitu ‘Detik Peralihan: Penyelesaian Transformatif kepada Cabaran Bersaling Kait’.

“Perdana Menteri turut menggariskan kepentingan konsep hidup bersama dalam budaya damai terutama bagi menyelesaikan pertikaian secara aman demi mewujudkan sebuah keluarga dunia yang harmoni,” katanya.



Sepanjang berada di New York, Ismail Sabri turut menyaksikan pemeteraian empat perjanjian melibatkan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Palestin, antaranya penubuhan Joint Committee Meeting, Kerjasama dalam bidang Kesihatan, Pelancongan dan juga hal-hal berkaitan agama Islam.

Selain itu, beliau juga dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan-rakan sejawat di UNGA77 untuk membincangkan isu berkepentingan bersama.

“Pertemuan tersebut mengeratkan hubungan dua hala yang sedia terjalin dengan negara-negara berkenaan, serta mengukuhkan persefahaman dalam is serantau dan antarabangsa,” katanya.

Ismail Sabri juga menjadi hos majlis makan malam bagi menyantuni rakyat Malaysia di New York. Utusan



Ismail akan berucap guna bahasa Melayu di UNGA77


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Jadi janda tidaklah hina – Fatin Afeefa

Cukup sudah dengan Anwar dan Mahathir

Akulah Penyamun – PKR

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker