Dua lelaki Orang Asli ditangkap miliki senapang angin buatan sendiri

Dua lelaki Orang Asli ditangkap polis susulan memiliki dua laras senapang angin buatan sendiri dalam satu serbuan di pondok kebun getah Felda Lui Selatan 2, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintenden Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, kira-kira pukul 2 petang, polis dari cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol telah menjalankan Op Tapis dan melakukan serbuan di lokasi berkenaan.

Menurutnya, dalam serbuan itu juga, polis telah merampas 40 biji ball bearing dan juga dadah jenis syabu.S



“Kedua-dua suspek berusia 30 dan 25 tahun disyaki penagih dadah. Hasil soal siasat mendapati salah seorang suspek telah mengaku membuat sendiri senapang angin yang telah dirampas untuk kegunaan memburu haiwan di hutan.

“Kertas siasatan telah di buka di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1950, Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Mohd. Hafiz lagi, bagi melengkapkan kertas siasatan, kedua-dua suspek akan ditahan reman di bawah reman pada hari ini di Mahkamah Bahau.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa masuk hospital, dipukul geng Honda?



Janna Nick mohon maaf pada Ustaz Wadi

Bikers ‘Otak Kecil’ halang laluan disaman Polis



Restoran Salt Bae tidak laku kerana sering dapat ‘review’ buruk

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker