Restoren perlu surat kebenaran MITI ke?


Restoren perlu surat kebenaran MITI ke?

Lagi restoran didenda RM10,000 kerana tiada surat kebenaran Miti

Kekeliruan berhubung pengendalian restoran terus berpanjangan ketika tempoh Perintah Kawalan Perkawalan (PKP) yang mula berkuat kuasa bermula 1 Jun lali.

Naib Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) Abdul Mukthahir Ibrahim mendakwa bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) meneruskan tindakan saman restoran yang tidak mempunyai surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).

Menurutnya, sebuah lagi restoran yang merupakan anggota persatuan mereka didenda RM10,000 kerana beroperasi tanpa surat kebenaran daripada Miti.

“Kami sangat keliru. Kami mendapat maklumat daripada Miti sebelum ini bahawa pengusaha restoran tidak perlu surat kebenaran Miti untuk beroperasi.

“Tapi, KPDNHEP saman kami kerana tidak memiliki surat. Jadi, yang mana satu betul?” katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya, restoran itu yang menjalankan perniagaan di Sungai Buloh, didenda RM10,000 pada 17 Jun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Bagaimanapun, Abdul Mukthahir mendakwa tindakan KPDNHEP bercanggah dengan maklumat daripada Miti sebelum ini di mana pengusaha restoran tidak perlu surat kebenaran Miti.

Dia turut merujuk laporan sebuah portal berita tempatan bertarikh 6 Jun yang melaporkan perkara itu.

“Kami harap kerajaan akan menyelesaikan perkara ini dengan segera

“Jika tidak ia akan menjejaskan sektor restoran dalam tempoh PKP ini,” katanya.

Pada 14 Jun lalu, sebuah kedai kopi di Petaling Jaya didenda RM10,000 kerana gagal mempamerkan surat kebenaran Miti.
Mk

Restoren perlu surat kebenaran MITI ke?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Penoreh getah kena scam, habis duit KWSP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker