Malaysia semakin kurang membantu Palestin sejak 2018


Selepas PRU14, usaha bantu Palestin berkurang, kata Najib

Najib Razak berkata, sejak kerajaan “bertukar-tukar” selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14), usaha kerajaan untuk membantu dan memperjuangkan isu Palestin semakin berkurang.

Beliau berkata, ini berbeza dengan keadaan sewaktu beliau menjadi perdana menteri yang berulang kali bertegas mengenai kezaliman terhadap rakyat Palestin, termasuk di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Apa yang kita buat untuk mereka sejak tahun 2018. Kini, kemampuan saya untuk bantu dah terhad.

“Hanya mampu berdoa untuk mereka dari jauh dan berharap dari bahawa kerajaan Malaysia hari ini masih peka dengan isu Palestin.

“Jangan hanya sekadar ‘talk sahaja’. Tetapi kita kena ‘walk the talk.,” katanya di Facebook.

Najib juga menggesa masyarakat dunia supaya terus mengutuk perbuatan zalim dan keganasan berterusan yang meragut nyawa rakyat Palestin.

Beliau juga memuji usaha rakyat Malaysia yang tanpa henti bersuara menolak kezaliman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

“Ini bagi memastikan kezaliman terhadap rakyat Palestin difahami oleh seluruh dunia di sebalik usaha media Barat yang berterusan melabelkan (rakyat) Palestin sebagai pengganas.

“Saya bangga dengan usaha ini apatah lagi ia turut menerima sokongan daripada pelajar kita di seluruh dunia yang menterjemah (mesej Malaysia) mengikut bahasa tempat mereka belajar.

“Tahniah buat ‘Ustaz Ad-Dien’ yang menggerakkan usaha ini dan saya difahamkan, selain pelajar, peminat K-pop turut bantu terjemah bagi memastikan kisah sebenar penderitaan rakyat Palestin sampai ke setiap pelosok dunia dalam pelbagai bahasa,” katanya.

Media melaporkan lebih 1,000 roket ditembak ke arah Israel oleh pejuang Palestin di Gaza sejak Isnin lalu berikutan ketegangan yang menyusuli serangan ke atas Masjid Al-Aqsa oleh tentera rejim pada akhir Ramadan lepas.

Setakat 7 petang semalam, keganasan yang berlaku dalam tempoh tujuh tahun itu mengorbankan 48 penduduk Gaza, termasuk 14 kanak-kanak, manakala dua rakyat Palestin dan lima warga Israel terbunuh di Tebing Barat. FMT

https://mykmu.net/2017/12/14/kekal-ibu-kota-palestin-najib/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker