Kisah duka abang bomba sado
Kisah duka abang bomba sado
Di sebalik fenomena sekumpulan ‘abang bomba’ sado yang tular di laman sosial sebelum ini, ada kisah sedih dikongsikan seorang daripadanya.
Menerusi perkongsian video dimuat naik di TikTok baru-baru ini, Muhammad Adha Ahmad, 30, meluahkan kesedihan kerana mengenangkan ibunya, Hasnah Zakaria yang meninggal dunia mengejut Oktober tahun lalu sebelum sempat melihatnya menjadi anggota bomba.
Berdasarkan kapsyen pada video dimuat naik, Muhammad Adha menyatakan kejayaannya menjadi anggota bomba adalah kerana berkat doa Allahyarhamah ibunya.
Berkongsi kisahnya, Muhammad Adha yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil, di sini berkata menjadi anggota bomba adalah impiannya sejak kecil lagi.
“Emak nak sangat saya jadi bomba tetapi hasratnya tidak kesampaian apabila meninggal dunia sebelum cita-cita saya tercapai.
“Saya nampak kerjaya sebagai anggota bomba ini istimewa kerana dekat dengan masyarakat. Saya pula suka kerja yang membabitkan khidmat masyarakat dan syukur kerana ditakdirkan jadi anggota bomba.
“Cuma, saya agak sedih apabila emak tidak sempat tengok walaupun dia yang banyak beri saya galakan dan paling teruja apabila tahu saya mahu jadi anggota.
“Ini kerana hubungan kami amat rapat kerana ketika emak masih ada, banyak masa saya habiskan dengannya. Makan dengan emak, keluar dengan emak malah saya juga yang teman emak di dapur tetapi kini semua tinggal kenangan.
“Tak lama selepas emak pergi, saya kehilangan ayah pula yang meninggal dunia Mei lalu akibat sesak nafas,” katanya ketika dihubungi Harian Metro
Berkongsi pengalaman sebagai anggota, Muhammad Adha yang berasal dari Kampung Panjang Bukit Jenun, Pendang, Kedah berkata, dia belum berpeluang menyertai misi atau operasi berskala besar.
Bagaimanapun, setiap tugas diberikan akan cuba disempurnakan dengan sebaik mungkin.
“Saya bertugas sebagai anggota Februari lalu iaitu selepas tamat latihan selama enam bulan di Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur, Marang, Terengganu.
“Setiap kali nak pergi kerja, pasti datang perasaan berdebar kerana tidak tahu apa tugas dan misi perlu diselesaikan.
“Apa yang saya fikirkan adalah bagaimana untuk selamatkan mangsa namun cuba sehabis baik kerana mahu beri pertolongan kepada mereka yang memerlukan,” katanya yang turut menzahirkan penghargaan buat Ketua BBP Bukit Jalil, Mohd Azhar Harun kerana banyak membantunya, selain Hasmadi Jusoh yang membawanya terjun ke bidang bina badan.
Jujurnya, Muhammad Adha pernah hampir berputus asa walaupun baru beberapa bulan berkhidmat sebagai anggota.
“Bagaimanapun, saya bertahan kerana yakin ramai lagi memerlukan pertolongan kerana jika putus asa atau lari bermakna saya gagal.
“Ini kerana tak semua dapat peluang jadi anggota dan saya terpilih jadi perlu menghargainya.
“Allah yang beri kekuatan kepada saya sebenarnya untuk sampai ke tahap ini dan bagi meningkatkan keyakinan diri, saya cuba ‘buat’ badan dengan harapan jadi lebih yakin ketika berdepan orang ramai.
“Soal hala tuju pula, saya serahkan pada ketentuan Ilahi dan selagi diberi kesihatan, saya akan terus berkhidmat untuk masyarakat,” katanya. HM
Kisah duka abang bomba sado
Baca Artikel Menarik:
- Farah Diba tak berkahwin, Aman Shah satu-satunya lelaki dicintai
- Ejen kosmetik diculik kerana perselisihan sindiket dadah
- Ramai pemimpin PH tak beriman, tak bermoral – Hadi
- Samy Vellu meninggalkan kata-kata yang tetap abadi di kalangan rakyat Malaysia
- ‘Sampai bila mahu hidup dengan babi?’
- Yana Najib kena maki dengan kakitangan KKM
- Putera William warisi harta pusaka berusia 685 tahun bernilai £1 bilion
- Anna Jobling jadi jahat rebut Meerqeen
- Sanusi sindir lagi, pemain import kami reti cakap Kedah
- Raja Charles III naik darah dakwat pen bocor terkena tangan
- Polis wanita miliki punggung mirip Kim Kardashian buat ramati teruja [VIDEO]
- Saya bukan kurang ajar – Rosyam
- Keadaan kesihatan Najib umpama `bom jangka’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin
Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju