Dedahkan segera siasatan buku Tommy – Asyraf

Dedahkan segera siasatan buku Tommy – Asyraf

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki mahu hasil siasatan pasukan khas terhadap dakwaan buku bekas peguam negara, Tan Sri Tommy Thomas didedahkan segera.

Tegasnya, siasatan itu perlu disegerakan memandangkan kandungan buku ‘My Story: Justice in the Wilderness’ bertentangan dengan Perlembagaan negara.

“Buku Tommy Thomas jelas bongkar mereka boleh pilih-pilih siapa hakim yang mereka nak lantik.

“Sedangkan, Pakatan Harapan (PH) tidak boleh melantik hakim berdasarkan kehendak mereka sahaja, kita ada Suruhanjaya Perlantikan Hakim yang khususnya,” katanya ketika berucap pada pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional di Stadium Titiwangsa hari ini.

Menurutnya, menerusi buku tersebut, Tommy mendedahhan bagaimana Dr Mahathir dan beliau memilih siapa yang menjadi hakim.

Tindakan PH itu, selarnya telah mencalar sistem mahkamah dan kehakiman negara.

Sebelum ini, kerajaan menubuhkan pasukan petugas khas bagi membuat kajian awal berhubung dakwaan Tommy, termasuk isu pelantikan hakim, campur tangan melampau badan eksekutif dalam sistem kehakiman dan pendakwaan terpilih yang ditulis dalam buku itu.

Buku berkenaan yang diterbitkan Thomas mengundang kemarahan dan rasa tidak puas hati pelbagai pihak kerana disifatkan bertentangan dan melanggar sumpah jawatan.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, terdapat 19 isu penting daripada buku itu yang memerlukan perhatian lanjut pihak kerajaan. MG

Dedahkan segera siasatan buku Tommy – Asyraf


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker