Pengawal diraja rebah ketika majlis penghormatan terakhir Ratu Elizabeth II [VIDEO]

Dalam video yang dikongsi di media sosial, seorang pengawal diraja yang bertugas di sebelah keranda Queen dilihat jatuh tersembam ke lantai dengan polis bergegas membantunya. – Gambar media sosial

KETIKA barisan besar pelawat berbaris untuk memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II, satu adegan dramatik berlaku di dalam Dewan Westminster apabila salah seorang pengawal diraja yang mengawal berhampiran keranda, pengsan dan rebah dari podium.

Dalam video yang dikongsi di media sosial, seorang pengawal diraja yang bertugas di sebelah keranda Ratu Elizabeth II dilihat jatuh tersembam ke lantai dengan polis bergegas membantunya.

Keranda Ratu bergerak meninggalkan Istana Buckingham pada Rabu menuju ke Dewan Westminster, dibawa di atas kereta kuda dan melalui jalan-jalan yang dikibarkan bendera serta dipenuhi orang ramai di London.

Setelah menduduki takhta selama 70 tahun, Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, di Soctland pada 8 September lalu.

Majlis memberi penghormatan terakhir kini diberikan untuk Warga Britain sebelum diteruskan oleh pembesar-pembesar dari seluruh dunia.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin



Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker