Pemilik, penyewa gaduh pertikai sewa rumah naik

Pemilik, penyewa gaduh pertikai sewa rumah naik

Pertikaian kenaikan sewa rumah antara penyewa dan pemilik dikenal pasti punca pergaduhan beberapa individu di Pasir Mas, Kelantan, Ahad lalu.

Video pergaduhan selama 17 saat itu tular di Facebook sejak semalam.

Ketua Polis Pasir Mas, Mohd Nasaruddin M Nasir, berkata pertikaian dan pergelutan berlaku kerana penyewa berjanji menyerahkan kunci rumah pada hari kejadian, tetapi gagal berbuat demikian.

“Kedua-dua pihak terlibat sudah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas bagi memberi keterangan dan menyelesaikan pertikaian tersebut.

“Hasil perbincangan, kedua-dua pihak mengakui kesilapan masing-masing dan tidak berhasrat memanjangkan kes itu. Mereka juga mahu menyelesaikan perkara tersebut secara baik,” katanya dalam kenyataan.

Nasaruddin berkata, tiada kecederaan serius dialami kedua-dua pihak dalam pergaduhan itu.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak mudah menyebarkan sebarang berita atau perkara tidak pasti bagi mengelakkan kebimbangan serta salah faham dalam kalangan masyarakat. FMT

Pemilik, penyewa gaduh pertikai sewa rumah naik


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)

Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]

Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker