Mangsa banjir Pakistan mati kelaparan

Mangsa banjir Pakistan mati kelaparan

ISLAMABAD – Situasi banjir paling buruk di Pakistan semakin mengancam apabila seorang kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia di sebuah pusat perlindungan sementara akibat kelaparan dan jatuh sakit sehingga mendorong 200 keluarga melakukan protes terhadap kerajaan, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Menurut beberapa mangsa banjir dari Sukkur, wilayah Sindh itu, pihak berkuasa gagal memberikan makanan mencukupi kepada mereka serta tiada bantuan keperluan asas lain pada waktu yang sepatutnya.



Kata mereka, pegawai-pegawai pergi ke pusat perlindungan untuk mengumpul maklumat, namun tidak menghantar sebarang bantuan termasuk makanan, bekalan ubat dan khemah.

Bantuan perubatan tidak diberikan walaupun ramai wanita dan kanak-kanak jatuh sakit disebabkan hujan berterusan.

“Apabila anak-anak kami mula kelaparan, kami pergi ke pejabat kerajaan di bandar Rohri bagi meminta bantuan, namun tidak menerima sebarang makanan atau khemah.

“Dalam masa sama, anak saya yang berusia enam tahun, Razia, meninggal dunia akibat kebuluran dan penyakit,” kata bapa mangsa, Khalid Khoso.



Khalid turut mendesak pentadbiran daerah supaya mengambil berat akan isu tersebut serta menyediakan perlindungan dan makanan kepada semua mangsa banjir agar tiada lagi kanak-kanak yang mati, lapor agensi berita ANI.

Hampir 33 juta penduduk Pakistan hilang tempat tinggal dan terjejas akibat kelaparan dan wabak penyakit yang berpunca daripada hujan lebat serta banjir besar.

Jangkitan kulit dan beberapa penyakit lain yang direkodkan di seluruh Pakistan kini menular di kawasan-kawasan yang terjejas banjir, demikian menurut data jabatan kesihatan dari Julai hingga September 2022.

Setakat ini menurut anggaran kerajaan, hujan, banjir dan beberapa kerosakan lain telah menyebabkan hampir 1,325 nyawa melayang. K Online



Mangsa banjir Pakistan mati kelaparan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Erra Fazira nak kahwin



Noor Nabila kecil hati dengan suami

Baby Shima mengidam jadi model pakaian dalam



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker