Skuad Perancis akan berpangkalan di Boston untuk Piala Dunia 2026

Skuad Perancis akan berpangkalan di Boston untuk Piala Dunia 2026

Skuad Perancis akan berpangkalan di Boston untuk Piala Dunia 2026
Kylian Mbappe dari Perancis memberi tepukan kepada penyokong selepas perlawanan Kelayakan Piala Dunia Kumpulan D menentang Ukraine di Parc des Princes, Paris, November lalu. – Foto Reuters

Paris: Skuad Piala Dunia Perancis akan berpangkalan di Boston, Amerika Syarikat, kata Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF) pada Jumaat.

Juara dunia dua kali itu akan berlatih di Babson College, sebuah kolej perniagaan swasta yang terletak kira-kira 30 minit dari pusat bandar Boston, di mana pasukan akan menginap sepanjang kem latihan.

Nama hotel rasmi tidak didedahkan, namun menurut sumber FFF, pasukan mencari hotel yang cukup besar untuk menempatkan kira-kira 60 orang, dengan ruang khusus untuk rawatan perubatan, gimnasium dan sesi video.

Boston terletak kira-kira 300 kilometer (km) dari New York atau New Jersey, lokasi perlawanan menentang Senegal pada 16 Jun, dan 500km dari Philadelphia, tempat Perancis akan bertemu pasukan playoff antara Iraq, Bolivia atau Suriname pada 22 Jun.

Perlawanan peringkat kumpulan ketiga Perancis menentang Norway kendalian Erling Haaland dijadual di Boston pada 26 Jun.​


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemuda UMNO: Antara Perjuangan Dan Pemain Selamat Dalam Barisannya.


Ketua jurulatih Didier Deschamps dilaporkan gembira dengan pemilihan Boston kerana pasukannya dapat mengelak perjalanan jauh dan cuaca panas yang melampau, sekurang-kurangnya untuk peringkat kumpulan.

Skuad Perancis akan berpangkalan di Boston untuk Piala Dunia 2026

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU 2025 Himpun 6,412 Perwakilan, 662 Usul Diterima – SUA

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker