Imam Mustaqim diburu polis


Imam Mustaqim diburu polis

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap pemilik laman sosial Facebook, Imam Mustaqim yang disyaki menghina Sultan Selangor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT).

“Individu itu membuat hantaran yang berkecenderungan menghasut bagi mendatangkan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Facebook semalam.



“Siasatan kes itu sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Shuhaily berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau berkongsi maklumat salah sehingga mengganggu proses siasatan.

Terdahulu, tular di media sosial tindakan satu pemilik akaun Facebook menggunakan nama Imam Mustaqim yang membuat hantaran berbaur fitnah apabila menuduh Sultan Selangor tidak menjaga agama Islam.



Ia mendapat pelbagai reaksi dan kecaman oleh pengguna media sosial yang menyifatkan tindakannya itu sebagai biadab. HM

Imam Mustaqim diburu polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rita Rudaini dah nikah?

Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam



DSV jangan takbur sangat

Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker