Soo Wincci rasa tenang masuk masjid


Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

“Selama ini saya sering takut untuk ke masjid kerana selalu orang cakap bukan Islam dilarang masuk. Di Kuala Lumpur sendiri pun saya tak pernah masuk mana-mana masjid,” kata pelakon dan penyanyi, Dr Soo Wincci, 37, yang mengakui tenang dan tersentuh apabila dapat menjejakkan kaki di masjid ketika menghadiri program di Masjid Al Mursyid Gurung, Pauh, Perlis, semalam.

Wincci berkata, hatinya cukup tenang dapat berkumpul dengan ramai hadirin berbeza agama dalam majlis ceramah berhubung topik keharmonian itu.

“Saya sebenarnya sangat tersentuh apabila dijemput menjadi panel ceramah itu. Banyak topik yang dikupas mengenai keharmonian negara dan lebih 100 hadir dari pelbagai latar belakang agama.

“Sesi selama lebih tiga jam itu begitu intim. Ia sekali gus menepis pandangan saya terhadap larangan masuk masjid sebelum ini kerana kehadiran saya dan penceramah berbangsa India ke sana sangat dialu-alukan,” katanya.

Bekas Miss World Malaysia 2008 itu turut bersyukur dapat menimba banyak ilmu berkenaan Islam di program itu.

“Saya gembira apabila ustaz yang terbabit pun berfikiran terbuka dan moden. Mereka memberi kami jawapan yang tepat untuk pelbagai persoalan kami ingin tahu. Program itu sememangnya satu perbincangan yang cukup bagus dan membuka mata. Ia pengalaman pertama yang sangat berharga untuk saya,” katanya. HM

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Karangan mengenai kemalangan, jadi kenyataan buat pelajar

Resepi Kuih Keria Antarabangsa Gula Melaka

Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker