AIM 23: Dayang raih 6 pencalonan

KUALA LUMPUR: Album Dayang Nurfaizah, Belagu meraih enam pencalonan dalam empat kategori pada Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-23.

Belagu yang juga album kesembilan Dayang, tercalon dalam kategori Kulit Single/Album Terbaik; Rakaman Lagu Terbaik bagi lagu Tudung Periuk dan Malam Ku Bermimpi serta Rakaman Album Terbaik.

Belagu yang dilancarkan pada Februari 2021, turut meraih pencalonan dalam kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu bagi lagu Tudung Periuk dan Malam Ku Bermimpi.



Penyanyi Yonnyboii dan Ernie Zakri masing-masing beroleh empat pencalonan.

Ernie tercalon dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu bagi lagu Sinar Mata Hati dan dua pencalonan dalam kategori Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu iaitu bagi single Goodbye Hello bersama suami, Syamel dan Berakhirlah Pencarianku bersama Hafiz Suip.

Yonnyboii tercalon dalam kategori Rakaman Album Terbaik bagi album Deluxe Version dan dua pencalonan dalam kategori Lagu R&B/ Hip Hop Terbaik iaitu single Tak Sangka dan Orang Lain.

Penyanyi ini juga meraih pencalonan dalam kategori Album Terbaik menerusi album Deluxe Version.



Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim berkata, AIM 23 menerima 650 pencalonan, namun, hanya 105 calon disenarai pendek bagi 21 kategori dipertandingkan.

“RIM menerima jumlah pencalonan memberangsangkan apabila mendapat 650 pencalonan untuk karya yang diterbitkan dalam tempoh satu setengah tahun bermula 1 Januari 2021 sehingga 30 Jun lalu.

“Ini menunjukkan industri muzik tempatan berada dalam keadaan baik selepas pandemik COVID-19,” katanya pada sidang media mengumumkan calon akhir AIM 23 di sini, hari ini.

Rosmin berkata, seramai 113 penilai terbabit dalam proses penjurian dengan setiap kategori disemak antara tujuh hingga 10 pakar dalam pelbagai bidang.



Diketuai Maestro Muzik, Datuk Mokhzani Ismail, juri lain adalah Fauzi Marzuki, Datuk Acis, Datuk Afdlin Shauki, Datuk Syafinaz Selamat, Mas Idayu, Noryn Aziz, Omar K, DJ Fuzz, Adi Priyo, Shah Slam dan ramai lagi.

“Proses penjurian dilakukan terperinci dan tiada unsur pilih kasih. Jika juri ada kepentingan dalam mana-mana kategori, mereka tidak dibenarkan duduk di kerusi berkenaan.

“Bagi penilaian kategori utama iaitu Rakaman Lagu Terbaik dan Rakaman Album Terbaik, ia dilaksanakan pada 12 Ogos disusuli penjurian kategori lain yang berlangsung selama tiga hari mulai 15 Ogos lalu,” katanya.

Pada majlis sama, Rosmin mengumumkan Jawatankuasa AIM 23 sebulat suara menggugurkan dua kategori berikutan kekurangan penyertaan dan tidak menepati kriteria pertandingan.



“Dua kategori yang digugurkan adalah Lagu Dangdut yang hanya menerima dua penyertaan. Untuk bertanding perlu ada minimum lima pesaing.

“Satu lagi kategori digugurkan adalah Lagu India Tempatan Terbaik kerana ada lagu dirakamkan di luar negara,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Karangan mengenai kemalangan, jadi kenyataan buat pelajar

Resepi Kuih Keria Antarabangsa Gula Melaka

Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker