Ciri baru WhatsApp, pengguna boleh dapatkan semula chat dipadam, admin dibenarkan delete mesej grup

Ciri baru WhatsApp, pengguna boleh dapatkan semula chat dipadam, admin dibenarkan delete mesej grup

APLIKASI WhatsApp nampaknya mempunyai kemas kini terbaru yang lebih efisien membolehkan pengguna memulihkan atau mendapatkan semula mesej yang telah dipadam secara tidak sengaja.

Ciri baharu WhatsApp juga akan membenarkan pentadbir (admin) grup WhatsApp memadamkan mesej yang di hantar dalam grup terbabit.



Menurut Firstpost, buat masa ini, ciri baharu tersebut sedang diuji untuk pengguna WhatsApp Beta iOS dalam versi 22.18.0.70. Walau bagaimanapun, ciri itu tidak lama lagi akan turut dilancarkan kepada pengguna Android.

Keupayaan untuk mendapatkan semula mesej yang dipadam, menurut laporan itu, hanya untuk mesej yang anda padamkan untuk diri sendiri (padamkan untuk saya – delete for me), bukan mesej yang anda “padamkan untuk semua orang” (delete for everyone).

Paparkan akan memberitahu pengguna bahawa mesej mereka yang telah dipadamkan dan mereka boleh ‘undo’ atau mendapatkannya semula. Bagaimana tidak diketahui tempoh yang diperlukan pengguna untuk mendapatkan semula mesej yang dipadamkan.

Aplikasi penghantaran mesej milik Meta itu juga menambah keupayaan untuk pentadbir kumpulan (admin grup) memadam sebarang mesej untuk semua orang dalam kumpulan.



Ini juga dikesan oleh penjejak WhatsApp WABetaInfo dan ciri itu kini tersedia untuk beberapa penguji beta di WhatsApp untuk iOS.

“Jika anda mencari cara pantas untuk menyemak sama ada ciri itu tersedia, cuma semak sama ada anda boleh memadamkan sebarang mesej terbaharu dalam kumpulan yang anda jadi pentadbir.

“Jika “padam untuk semua orang” (delete for everyone) muncul apabila anda cuba memadamkan mesej dihantar daripada peserta lain, ini bermakna ciri itu tersedia untuk akaun anda!” ciap WABetaInfo di Twitter. SPlus

Ciri baru WhatsApp, pengguna boleh dapatkan semula chat dipadam, admin dibenarkan delete mesej grup




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Roti Gardenia naik harga lagi



PN ada kelebihan – Shabery

Warkah Najib dari Penjara Kajang, suasana Dewan Merdeka hiba



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker