Bajet 2023 diawalkan ke 7 Okt, petanda PRU makin dekat?
Bajet 2023 diawalkan ke 7 Okt, petanda PRU makin dekat?
Bajet 2023, yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober, dilaporkan akan dibawa ke hadapan iaitu pada 7 Oktober.
Memetik laporan The Star, perubahan tarikh itu menjadikan tiga minggu lebih awal dari tarikh yang telah disebut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini.
Laporan yang ditulis oleh penasihat Kumpulan The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai itu, menyebut keputusan itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.
“Pemimpin kanan Barisan Nasional, dalam reaksi kepada berita itu berkata, Parlimen mungkin akan dibubarkan sejurus selepas Bajet dibentangkan,” menurut laporan itu lagi.
Wong menulis, susulan arahan Kabinet, langkah seterusnya ialah untuk memaklumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, yang dilaporkan memerlukan sekurang-kurangnya 28 hari untuk memaklumkan kepada Ahli-ahli Parlimen mengenai tarikh baharu itu.
Dalam pada itu, sumber yang rapat dengan perkara ini, memaklumkan, perkara itu berkemungkinan besar akan berlaku.
“Ada kemungkinan Bajet 2023 akan dibentangkan pada 7 Oktober, kata sumber itu.
Pada 7 Ogos lalu, Tengku Zafrul dilaporkan berkata, tiada perubahan berkenaan Bajet 2023 seperti yang digembar-gemburkan.
“Itu khabar angin sahaja, pada pengetahuan saya masih lagi sama seperti apa yang ada dalam takwim Parlimen pada 28 Oktober,” katanya lagi. Awani
Bajet 2023 diawalkan ke 7 Okt, petanda PRU makin dekat?
Baca Artikel Menarik:
- Bersongkok tapi seluar pendek, acara fesyen KL pula dilanda kontroversi (Video)
- Kantoi Pasangan Kekasih Buat Hubungan Seks Di Stadium Ketika Perlawanan [VIDEO]
- Terlalu Banyak Kebaikannya Untuk Saya Ceritakan – Fizo Omar
- Shafee ‘terganggu’ dengan jawapan saksi
- Tangkap Jho Low, Nik Faizal boleh bersihkan nama Najib – Peguam
- Misteri kenapa AG belum dakwa Hakim Nazlan – Puad
- Politik tentukan Najib kalah, bukan soal tiada campur tangan – Zaid
- Deraf penghakiman Najib bocor, polis panggil beberapa individu
- NASA siar imej ribut gergasi cukup besar untuk ‘menelan’ Bumi
- Eyka Farhana Jadi Model Pakaian Dalam (Video)
- Hilang Najib sebagai ‘perisai’ tapi senjata BN hadapi PRU-15 – Penganalisis
- Saya takut orang geli dan jijik – DUKE
- Peguam Diraja Laidlaw cabar keputusan Mahkamah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kes Najib penganiayaan politik – Armand
You must be logged in to post a comment.