5 negeri dilanda cuaca buruk petang ini

5 negeri dilanda cuaca buruk petang ini

Cuaca tidak menentu dijangka melanda Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu pemakluman di Facebook berkata, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu melibatkan Bera, Pekan dan Rompin di Pahang sementara Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan.

Turut menerima amaran cuaca buruk adalah Melaka, Johor yang melibatkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

“Sebahagian besar Sabah juga dijangka mengalami cuaca buruk iaitu Kuala Penyu, Beaufort, Keningau, Tambunan, Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau, Tawau, Lahad Datu, Tongod, Kinabatangan dan Sandakan.

“Amaran cuaca tidak menentu itu dijangka berlaku sehingga 6 petang ini,” menurut MetMalaysia.

Amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. FMT

5 negeri dilanda cuaca buruk petang ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kes Najib penganiayaan politik – Armand

Gurauan melampau rakan

Bekas mak nyah insaf selepas mimpi dibakar api

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker