‘Catwalk’ dengan rokok, Noh Hujan ditegur DG Noor Hisham

PETALING JAYA – Selepas dikecam netizen, tindakan berani penyanyi Noh Salleh tampil memegang sebatang rokok ketika muncul di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) Ahad lalu, ditegur pula Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham.

Noor Hisham menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Twitter, memandang serius perlakuan golongan artis yang memperlihatkan aksi seperti merokok atau menghisap vape depan khalayak ramai.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat memandang serius terhadap isu berkaitan artis yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape di khalayak ramai.



“Perbuatan ini menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat sekeliling terutama kepada kanak-kanak dan remaja,” tulisnya.

Pada masa sama, Noor Hisham turut menyeru orang ramai untuk membantu usaha KKM mengekang budaya merokok.

“KKM menyeru setiap lapisan masyarakat termasuk artis dan selebriti untuk membantu usaha KKM bagi memastikan perbuatan merokok dapat dijadikan sebagai satu budaya yang tidak diterima lagi dalam kalangan masyarakat,” tulisnya di Twitter.

Ciapan Noor Hisham dalam Twitter.

Semalam tular aksi vokalis kumpulan Hujan itu dalam TikTok sewaktu tampil di pentas KLFW2022 sambil memegang sebatang rokok yang tidak dinyalakan.



Bekas suami kepada Mizz Nina itu dilihat membuat aksi cuba meminta pemetik rokok daripada hadirin yang berada di hadapannya sebelum meneruskan langkah sambil meletakkan rokok di mulutnya.

Biarpun tidak dinyalakan, penampilan penyanyi berusia 38 tahun itu tetap tidak disenangi banyak mata dek kelakuan yang disifatkan tidak sesuai dilakukan dalam acara nasional.

Sebelum ini, Noh pernah mencetus sensasi gara-gara selamba menghisap rokok elektronik ketika ditemu bual media dalam sebuah acara sekitar Julai lalu

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kangkong Diharamkan Di Amerika, Ini Sebabnya (Video)



Suami Hana dari ‘neraka’

Noh Salleh buat ‘catwalk’ dengan rokok di mulut di KLFW2022 (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker