Ketua Jabatan Meteorologi dipecat kerana gagal ramal cuaca dengan tepat

PERTUNJUKAN bunga api diadakan di Budapest sempena sambutan Hari Kebangsaan Hungary pada 20 Ogos 2021. – AFP

BUDAPEST – Kerajaan Hungary memecat ketua perkhidmatan Meteorologi dan timbalannya semalam, dua hari selepas pertunjukan bunga api bagi meraikan cuti hari kebangsaan ditangguhkan kerana kebimbangan mengenai ribut.

Menteri Teknologi, Lazlo Palkovics yang mengawal selia Perkhidmatan Meteorologi Negara (NMS), memecat Presiden NMS, Kornelia Radiics dan timbalannya, Gyula Horvath tetapi tidak memberikan sebarang alasan.

Kementeriannya juga tidak membalas panggilan telefon daripada agensi berita AFP.

Bagaimanapun, pemecatan itu berlaku sehari selepas media prokerajaan mengkritik NMS kerana ramalan mereka bahawa ribut petir dan tiupan angin kuat akan berlaku pada Sabtu lalu menyebabkan pertunjukan bunga api besar-besaran terpaksa dibatalkan.



Akhbar online, Origo melaporkan, NMS telah memberikan ‘maklumat salah mengenai tahap cuaca buruk pada hari berkenaan dan mengelirukan pasukan operasi yang bertanggungjawab berhubung isu keselamatan.’

Agensi NMS memohon maaf pada Ahad lepas dan memetik ‘faktor ketidakpastian yang wujud dalam profesion ramalan kaji cuaca’ sebagai punca kesilapan itu berlaku.

“Mereka tidak dapat menghasilkan cuaca yang diingini, jadi mereka dipecat. Tidak, perkara ini bukan berlaku di negara-negara diktator Asia Tengah. Ia berlaku di Hungary yang diperintah oleh Fidesz (parti pemerintah),” kata pemimpin liberal, Andras Fekete-Gyor secara berseloroh di laman Facebook.

Pertunjukan bunga api dianggap terbesar di Eropah itu bertujuan untuk meraikan kewujudan negara Hungary selama 1,000 tahun. Pesta itu   telah dijadualkan semula lewat minggu ini.



Pihak pembangkang sebelum ini menggesa acara tersebut dibatalkan kerana dianggap membazir dan tidak berfaedah ketika Hungary sedang bergelut dengan krisis ekonomi.

Pada tahun 2006, perayaan tahunan itu dilanda ribut ganas yang mengorbankan lima orang dan mencederakan beratus-ratus yang lain. – AFP

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kangkong Diharamkan Di Amerika, Ini Sebabnya (Video)



Suami Hana dari ‘neraka’

Noh Salleh buat ‘catwalk’ dengan rokok di mulut di KLFW2022 (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker