UMNO yakin rampas semula Kedah

PETALING JAYA: Walaupun hanya menguasai dua kerusi sahaja di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid, optimis parti itu mampu kembali memerintah negeri itu.

Katanya, keyakinan itu dizahirkan mengikut situasi semasa dan sokongan rakyat Kedah kepada parti terbabit.

Beliau berkata, laporan yang diperoleh menunjukkan keyakinan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) juga semakin baik.



“Kita mempunyai keyakinan yang tinggi untuk bila berada dalam masa pilihan raya (PRU15), jadi saya fikir bahawa laporan, aktiviti dan juga melihat pada suasana saya yakin bahawa kita boleh, boleh dapat yang kita cita-citakan (menang PRU15 di Kedah),” lapor Sinar Harian.

Ketika ini, kerajaan Kedah ditunjangi PAS susulan tumbangnya Pakatan Harapan (PH) dalam Langkah Sheraton. PAS mengambil alih tampuk pemerintahan negeri selepas menguasai 15 kerusi, sambil disokong Bersatu (6) dan Umno (2).

Pada PRU14, Umno Kedah hanya menang di DUN Sungai Tiang dan Bandar Baharu. Kedua-dua kerusi itu dimenangi dengan majoriti kecil, masing-masing 641 dan 377 undi sahaja.

Selain itu, PH pula memiliki 11 kerusi iaitu PKR (5), Amanah (4) dan DAP (2), manakala dua lagi kerusi dimiliki Pejuang.



Kedah mempunyai keseluruhan 36 DUN dengan majoriti mudah 19 kerusi untuk membentuk kerajaan.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas berhubung kerjasama Muafakat Nasional dengan PAS, Mahdzir berkata, “tak payah komen kot (rasanya)”.

Mengulas itu berasingan mengenai projek kapal tempur pesisir (LCS), Mahdzir melihat perkara itu perlu dilaporkan secara terbuka bagi mengelak dijadikan sebagai bahan politik pembangkang.

Katanya, rakyat perlu memahami dengan sebenar isu tersebut agar tidak menjadi bahan politik seperti 1MDB, pada PRU14.



“Sebab itu perdana menteri ada sebut bahawa ada keterbukaan dalam siri laporan yang nak dilaporkan, jadi mana yang boleh diklasifikasi sebagai bukan lagi rahsia bagilah rakyat tahu apa-apa yang sepatutnya,” katanya.

Pada Ahad, Ismail Sabri Yaakob menjelaskan rakyat berhak mendapat penjelasan berhubung isu LCS dan kerajaan tidak akan berselindung dalam hal ini kerana ia berkait soal integriti.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri



Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker