Kes bunuh penghuni: Ustaz, 3 warden ditahan

Kes bunuh penghuni: Ustaz, 3 warden ditahan

Seorang ustaz dan tiga warden pusat pemulihan dadah ditahan dalam kes bunuh membabitkan kematian seorang penghuni, dalam kejadian di Padang Rengas, Kuala Kangsar.

Pemangku Ketua Polis Perak Azizi Mat Aris, berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian diakibatkan kecederaan parah pada bahagian dada serta pelbagai otot dan tisu badan disebabkan “trauma tumpul”.



Katanya, mangsa, Muhammad Shahrul Samion, 25, berasal dari Shah Alam, Selangor dibawa ke hospital selepas didakwa mula tidak sedarkan diri sejak jam 7 malam pada hari yang sama.

Beliau berkata, maklumat awal kejadian diterima daripada doktor bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Kangsar memaklumkan mangsa yang sudah tidak bernyawa dibawa ke hospital itu oleh tiga suspek terbabit.

“Hasil temu bual dengan pengasas dan warden pusat pemulihan itu mendapati mangsa pada mulanya cuba melarikan diri dari pusat berkenaan kira-kira jam 1.45 tengah hari kelmarin, sebelum mengamuk serta mencederakan seorang daripada warden pusat itu menggunakan pisau.

“Ketika mengamuk mangsa bergelut dengan warden yang sempat beberapa kali menumbuk bahagian badannya, sebelum mangsa sekali lagi dikatakan cuba melarikan diri kira-kira tiga jam kemudian,” katanya menurut Berita Harian.



Azizi menjelaskan, mangsa sekali lagi cuba melarikan diri dengan terjun dari tingkat satu bangunan, namun berjaya ditangkap semula.

“Selepas berjaya ditangkap semula, kaki serta tangan mangsa dikatakan diikat dengan kain untuk mengelakkannya daripada kembali mengamuk dan melarikan diri dan dia ditempatkan di dalam bilik tetamu,” katanya.

Katanya, mangsa didakwa beberapa kali menghentak kepalanya ke lantai dan dinding sehingga berdarah.

“Namun, kira-kira 7.45 malam warden mendapati mangsa tidak sedarkan diri semasa ditempatkan di bilik tetamu lalu terus membawanya ke hospital,” katanya.



Beliau berkata, keempat-empat suspek itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. FMT

Kes bunuh penghuni: Ustaz, 3 warden ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)



MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker