Rayuan remaja kes bunuh 23 penghuni tahfiz didengar 9 Jan
Rayuan remaja kes bunuh 23 penghuni tahfiz didengar 9 Jan
Mahkamah Rayuan menetapkan 9 Jan depan untuk mendengar rayuan seorang remaja lelaki yang diperintahkan ditahan di penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong selepas didapati bersalah membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 2017.
Peguam remaja itu Haijan Omar, ketika dihubungi Bernama, berkata pendengaran rayuan pada mulanya ditetapkan pada 11 Ogos lalu, namun ia ditangguhkan kerana rekod rayuan tidak lengkap.
Beliau berkata, pada hari sama, pengurusan kes dijalankan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Tan Chai Wei yang menetapkan 9 Jan untuk pendengaran rayuan itu.
“Kami baru sahaja dibekalkan dengan rekod rayuan yang lengkap,” kata Haijan.
Remaja itu yang kini berusia 21 tahun, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos 2020 yang memerintahkannya ditahan di penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong selepas didapati bersalah atas pertuduhan membunuh.
Pada masa sama, pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan seorang lagi remaja terhadap tuduhan membunuh tanpa dipanggil membela diri.
Hakim Mahkamah Tinggi Azman Abdullah mendapati remaja itu, yang berusia 16 tahun ketika kejadian, telah dengan sengaja melakukan khianat tersebut dengan niat membunuh.
Menurut pertuduhan dipinda, remaja itu bersama seseorang yang tidak dicam, dituduh membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di sini, antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi pada 14 Sept 2017.
Dia didakwa dengan 23 pertuduhan, masing-masing mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati dan boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan Seksyen 97(2) akta sama.
Seramai 71 saksi pendakwaan memberi keterangan manakala enam saksi pembelaan termasuk remaja itu dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan itu yang bermula pada 30 Mei 2018. Remaja itu dalam pembelaannya menafikan dia berada di perkarangan tahfiz itu pada bila-bila masa semasa kejadian.
Dalam tragedi itu, 21 pelajar dan dua guru terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan yang terbakar. FMT
Rayuan remaja kes bunuh 23 penghuni tahfiz didengar 9 Jan
Baca Artikel Menarik:
- Peguam utama Najib mahu tarik diri kerana tidak diberi masa
- Cara ‘Founder’ Kosmetik Tipu Netizen
- Buat ‘live’ solat, memang saya nak menunjuk – Ifa Raziah
- Doktor minta pasukan Dr. Sheikh Muszaphar henti jual produk kepada pesakitnya
- Keadilan tergesa-gesa adalah keadilan yang dikuburkan – Tok Mat
- Pergaduhan di kebun sayur, seorang lelaki maut dibunuh
- Ahli perniagaan saman CTOS, CIMB atas dakwaan salah lapor kredit
- Lelaki diikat kerana kerap ganggu seorang gadis
- Ikan haruan berisiko rosakkan organ dalaman wanita berpantang
- Pencuri larikan telefon ketika buat mangsa sedang ‘live’ [VIDEO]
- Air mani jadikan kulit berseri?
- Polis siasat kes ‘pensyarah terlampau’
- Tukar RXZ Dengan Tanah Lot, Tindakan Penjual Ini Buat Netizen Terkejut
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman
Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak
You must be logged in to post a comment.