Anwar takut bertanding di Port Dickson – Peja

Anwar takut bertanding di Port Dickson – Peja

Presiden PKR, Anwar Ibrahim mungkin bimbang akan ditolak pengundi di Port Dickson sekiranya bertanding semula di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Ahli Parlimen Tambun, Ahmad Faizal Azumu.

Justeru katanya, Anwar yang juga bekas ahli parlimen Permatang Pauh kini cuba membuat pilihan lebih selamat dengan beralih kerusi dan bertanding di Tambun.

“Mungkin mereka (PKR) berpandangan bahawa Permatang Pauh dan Port Dickson telah membangun dengan amat hebat, tiada lagi masalah rakyat yang perlu dibantu,” katanya sinis.

“Ataupun, beliau bimbang ditolak di tempat sendiri maka pilihan yang lebih selamat adalah dengan menjadi ahli parlimen nomad (berpindah- randah),” kata ahli parlimen Bersatu itu kepada Malaysiakini.

Ahmad Faizal mengulas laporan media semalam bahawa ketua pembangkang itu sedang mempertimbangkan tawaran untuk bertanding di kerusi Tambun.

Ketua PKR Cabang Tambun, Muhamad Arafat Varisai Mahamad dilaporkan mahu memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding di kerusi itu dan keputusan itu juga dikatakan dipersetujui di peringkat akar umbi menerusi Mesyuarat Agung Tahunan Cabang sebelum ini.

Pada PRU14, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu menang kerusi Tambun di bawah tiket Pakatan Harapan dan menewaskan penyandangnya Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah daripada BN dengan majoriti 5,320 undi.

Dia juga menang DUN Cenderiang sebelum dilantik sebagai menteri besar Perak.

Bagaimanapun Ahmad Faizal bertindak keluar daripada PH selepas gabungan itu tumbang menerusi Langkah Sheraton.

Anwar merupakan ahli parlimen Permatang Pauh sejak tahun 1982 sehingga 1995 sebelum hilang kelayakan apabila disabitkan dengan tuduhan salah guna kuasa pada 1999.

Dia memenangi semula kerusi tersebut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 2008 dan mempertahankannya pada PRU 2013 sebelum hilang kelayakan kali kedua kerana kes liwat II.

Pada Oktober 2018, Anwar kembali semula ke arena politik dan memenangi kerusi parlimen Port Dickson menerusi PRK.

‘Pertembungan antara Anwar dan Aziz Bari’

Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata PH mungkin akan menghadapi isu dalaman sekiranya Anwar tetap mahu bertanding di Tambun.

Ini kerana katanya, ketua pembangkang Perak, Dr Aziz Bari juga dikatakan sedang mengintai kerusi berkenaan walapun mendapat tentangan PKR.

“Kita akan melihat pertembungan antara dua gergasi di kalangan pembangkang iaitu Aziz Bari dan Dato Seri Anwar,” katanya.

Aziz yang juga Adun Bukit Tinggi sebelum ini dilapor berkata dia sanggup bertanding di dua kerusi pada PRU akan datang. Mk

Anwar takut bertanding di Port Dickson – Peja


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker