Lagu sentiasa trending, Aliff dakwa dirinya penyanyi nombor satu

Lagu sentiasa trending, Aliff dakwa dirinya penyanyi nombor satu

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menyifatkan rakyat Malaysia tidak tahu menilai bakatnya sebagai penyanyi nombor satu negara kerana kesemua 10 lagu pernah dihasilkannya selama ini sentiasa ‘trending’ di YouTube.

Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 35, ditemui berkata, dia mengaku dirinya sebagai penyanyi nombor satu kerana memang layak dengan gelaran itu disebabkan pencapaian lagu yang sentiasa ‘trending’ di platform digital.



“Walaupun pelbagai kecaman yang saya terima, tetapi sehingga kini kira-kira 10 buah lagu yang sudah saya hasilkan, semuanya ‘trending’ nombor satu di YouTube dan tak pernah berada di kedudukan kedua atau ketiga.

“Seperti lagu Bobo Di Mana dan Kelepok Raya, ‘trending’ nombor satu di YouTube. Begitu juga lagu baharu, Baby Sayang ini terus ‘trending’ nombor satu di YouTube dalam tempoh sembilan jam selepas ia dilancarkan semalam. Sekalipun ramai netizen kata suara saya macam itik, tak boleh nyanyi, tapi lagu saya tetap ‘trending’,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Aliff Syukri ditemui pada sidang media untuk penjelasan isu muzik video lagu duetnya bersama Baby Shima, Baby Sayang di sebuah restoran di sini, pada petang tadi.

Aliff berkata dia juga berasa sangat sedih apabila dirinya didakwa gila dan diminta mendapatkan rawatan kesihatan mental oleh netizen. Katanya, dia masih waras dan tidak pernah mempunyai masalah mental.



“Apapun, ada kalanya saya terfikir juga mungkin bakat nyanyian ini akan dihargai oleh rakyat Malaysia selepas saya sudah tiada (meninggal dunia) nanti. Tapi, takkanlah nak tunggu saya dah mati, baharu semua orang nak menghargainya?

“Sejujurnya, kenapa saya terus menghasilkan lagu sehingga kini kerana saya memang ada impian nak jadi seorang penyanyi. Saya minat menyanyi kerana yakin ada bakat dan sentiasa disokong peminat,” katanya yang sanggup melaburkan duit sendiri sebanyak RM70,000 untuk single Baby Sayang itu.

Sebelum ini, beberapa hari lalu nama Aliff Syukri hangat dan ‘panas’ di media sosial apabila tular beberapa ‘teaser’ video single Baby Sayang di media sosial seperti Tik Tok dan Instagram gara-gara tariannya bersama penyanyi Baby Shima yang dianggap melampau dan lucah. HM

Lagu sentiasa trending, Aliff dakwa dirinya penyanyi nombor satu




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman



Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker