Ayid penkid sentiasa berpakaian lelaki

Ayid penkid sentiasa berpakaian lelaki

BOTA: “Dia memang perempuan tetapi sejak dulu berperwatakan tomboi dan berpakaian lelaki sepanjang masa,” kata seorang penduduk di Titi Gantong, di sini.

Wanita enggan dikenali itu tinggal di kawasan perumahan sama dengan keluarga seorang wanita yang mengaku lelaki dikenali sebagai ‘Mohd Syahid’ atau ‘Ayid’ yang tular mengerjakan umrah memakai ihram di Tanah Suci, baru-baru ini.

Beliau berkata, keluarga Ayid sudah belasan tahun tinggal di kawasan itu dan mendakwa ketika berpindah ke situ, Ayid dianggarkan berusia kira-kira 13 tahun.

Katanya, sejak itu dia melihat Ayid tidak pernah memakai pakaian wanita, melainkan memakai selendang tanpa menutup rambut pada hari pengebumian seorang daripada ahli keluarganya.

“Dari dulu lagi dia tidak pernah berpakaian wanita, sebaliknya hanya memakai seluar dan t-shirt (seperti lelaki). Ketika hari raya juga dia balik ke kampung, tetapi tetap berpakaian seperti lelaki,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, sejak kes mengenai Ayid tular, keluarganya meninggalkan rumah itu dan mengesahkan ibunya sedih dengan kejadian yang berlaku.

Sementara itu, tinjauan wartawan di rumah dipercayai milik keluarga Ayid di Titi Gantong gagal menemui keluarga berkenaan apabila salam tidak berjawab, manakala pintu dan pagar rumah dikunci dari luar.

Media sebelum ini melaporkan, Ayid memperdayakan beberapa orang mangsa dengan janji dan perlakuan romantis memperisterikan mereka.

Tembelang ‘lelaki jadian’ itu terbongkar selepas rakaman video dia memakai ihram ketika menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah dimuat naik seorang daripada mangsa penipuannya di media sosial sebelum ia tular. BH

Ayid penkid sentiasa berpakaian lelaki


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman

Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker