Mahkamah tolak permohonan peguam Najib untuk tarik diri

Mahkamah tolak permohonan peguam Najib untuk tarik diri

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan peguam Hisyam Teh Poh Teik untuk menarik diri daripada mewakili Najib Razak dalam rayuan kes SRC.

Namun Hisyam enggan membuat penghujahan. Justeru, mahkamah membenarkan pihak pendakwaan untuk membuat penghujahan terlebih dulu.

Mahkamah berhenti sekejap untuk buat keputusan

Sebelum ini hakim mengarahkan perbicaraan dihentikan sekejap bagi memutuskan permohonan peguam baru Najib, Hisyam Teh Poh Teik untuk menarik diri daripada mewakili bekas perdana menteri itu.

Sebelum itu, Hisyam setuju dengan penegasan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat bahawa Mahkamah Persekutuan ada kuasa untuk memastikan ia boleh berfungsi secara baik dan memenuhi mandatnya.

Dia juga setuju dengan kenyataan Maimun bahawa jika dia menarik diri, ia akan menyebabkan anak guamnya, iaitu Najib, tidak diwakili.

Tengku Maimun yang jelas tidak senang dengan perkara itu mengingatkan Hisyam bahawa dia ada banyak peguam yang berkemampuan untuk mengambil alih peranannya. Namun Hisyam sekali lagi mengatakan dia ingin tarik diri.

Mahkamah tolak permohonan peguam Najib untuk tarik diri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman

Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker