Tak semua pindaan perlu 2/3 – Khaled

Tak semua pindaan perlu 2/3 – Khaled

Kerajaan perpaduan tidak terjejas selepas hilang majoriti dua pertiga di Parlimen susulan tindakan Muda menarik balik sokongan kepada pemerintah, kata Menteri Pendidikan Tinggi Khaled Nordin.

Muda diwakili di Dewan Rakyat melalui presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selaku Ahli Parlimen Muar.

Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata ini kerana tidak semua usul memerlukan sokongan dua pertiga anggota Dewan Rakyat kerana ada hanya memerlukan majoriti mudah.

Bagaimanapun jika memerlukan sokongan besar sekali pun contohnya untuk meminda perlembagaan, naib presiden Umno itu yakin perkara berkenaan dapat dicapai kerana setiap pindaan dibuat pastinya bermatlamat baik.

“Kita percaya nak pinda perlembagaan mesti bermatlamatkan sesuatu yang baik untuk negara.

“Saya percaya kalau politik ini tak toksik dan benda itu baik….semua parti akan sokong, dapatlah (sokongan) dua pertiga,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Minggu TVET Digital di Politeknik Shah Alam.

Semalam, Muda secara rasmi mengumumkan keluar blok kerajaan untuk menjadi pembangkang sebagai kuasa ketiga, tindakan itu dibuat sebagai protes keputusan mahkamah melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Presiden Umno Zahid Hamidi terhadap 47 tuduhan dalam kes Yayasan Akalbudi.

Dakwa Syed Saddiq, tindakan kerajaan dilihat permulaan menormalisasikan rasuah dan beliau enggan bertolak ansur dengan perbuatan tidak berprinsip seumpama itu. FMT

Tak semua pindaan perlu 2/3 – Khaled

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mana Malique sembunyi?

Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania

Aslam, jom jumpa

Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker