Jovian terkilan didakwa guna pengaruh PM

Jovian terkilan didakwa guna pengaruh PM

Pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie, 36, terkilan didakwa menggunakan pengaruh bapa mentua yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk kepentingan perniagaan dan peribadi.

Jovian berkata, adalah tidak adil mengaitkan dirinya dengan isu itu kerana sudah terbabit dalam industri fesyen sebelum beliau menjadi menantu Perdana Menteri.

“Saya manusia biasa tentu ada rasa kecil hati. Tetapi saya tidaklah ambil secara peribadi kerana saya sangat positif.

“Orang selalu kata saya dibiayai duit kerajaan, walhal saya tidak pernah ambil kesempatan.

“Saya buat bisnes bermodalkan RM5,000 daripada duit ibu saya. Bertitik tolak daripada situ, perniagaan saya mula berkembang dan dipertemukan dengan beberapa pelabur persendirian.

“Kalau hendak kata saya ambil kesempatan, bagaimana saya boleh buka butik di Jalan Maarof, Bangsar yang menelan belanja berjuta-juta ringgit.

“Ketika itu, saya belum berkahwin pun dengan Datin Nina Ismail (isteri),” katanya selepas pelancaran korset Wonder Suit by Jovian di Tropicana Golf & Country Resort di sini, hari ini.

Jovian bagaimanapun mengaku bapa mentuanya membantu dalam mempromosikan produk terutama pada awal penularan pandemik COVID-19.

“Saya tidak nafikan mungkin kedudukan bapa mentua membuka jalan dengan lebih luas terutama ketika pandemik COVID-19 apabila beliau memakai pelitup muka jenama saya setiap hari di televisyen (TV).

“Ini memberi publisiti dan membawa rezeki kepada perniagaan yang sedang diusahakan. Ingin saya tegaskan, bukan beliau (PM) yang suruh saya buat perniagaan itu, tetapi ia adalah usaha dan kerja keras saya sendiri.

“Boleh dikatakan kami melengkapi antara satu sama lain,” katanya.

Biarpun sering dikaitkan dengan dakwaan menumpang pengaruh bapa mentua, Jovian tidak mudah melatah dengan segala tohmahan netizen.

“Hanya kawan-kawan lama yang faham perjalanan saya dalam industri fesyen ini. Saya sudah lali dengan kontroversi sebegini.

“Walaupun terguris tetapi tidak perlulah hendak meratap atau menangis dalam media sosial,” katanya.

Pada majlis pelancaran koleksi Wonder Suit by Jovian, pereka fesyen itu memperkenalkan empat selebriti sebagai duta produk iaitu Rozita Che Wan, Ning Baizura, Ifa Raziah, Sherry Alhadad dan Dolla.

Mengulas mengenai pemilihan mereka, Jovian berkata, setiap artis mewakili kumpulan sasaran produk berkenaan.

“Rozita atau Che Ta mewakili golongan ibu dan wanita bertudung. Ning pula mewakili kategori penyanyi pop, manakala Ifa untuk genre dangdut.

“Pemilihan Sherry pula adalah untuk kumpulan wanita berbadan gempal. Dolla pula selain mewakili golongan remaja , mereka melambangkan konsep Keluarga Malaysia.

“Bagaimanapun, saya tidak nafikan faktor viral membuatkan mereka terpilih. Namun, itu bukan perkara utama,” katanya.

Wonder Suit By Jovian boleh didapati menerusi ejen dan stokis terpilih serta laman sesawang www.jovian.com.my

Jovian terkilan didakwa guna pengaruh PM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman

Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker