Ikat mayat belakang badan

Ikat mayat belakang badan

Bangkok: Mayat seorang lelaki di Thailand terpaksa diikat pada badan seorang petugas kesihatan untuk dibawa ke hospital.

Tindakan itu terpaksa dibuat memandangkan tiada akses sempurna untuk masuk ke lokasi Leuang Chodkasem, 73, ditemukan meninggal dunia.

Petugas kesihatan, Montree Phiewphong dan abangnya, Apichart menggunakan motosikal untuk membawa mayat Chodkasem yang meninggal dunia di kawasan hutan di Nakhon Ratchasima.



Mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika mencari buah.

Klip video insiden itu kemudiannya tular di media sosial.

Mayat warga emas itu diikat dengan pita pelekat pada belakang badan seorang petugas kesihatan.

Perjalanan ke hospital juga memerlukan mereka melalui kawasan hutan tebal yang tidak boleh diakses kenderaan lain selain motosikal.



“Ini saja cara untuk membawa mayat lelaki itu keluar dari lokasi dia ditemui meninggal dunia.

“Laluan ke lokasi kejadian sangat sempit dan mustahil untuk kenderaan besar masuk untuk membawanya keluar.

“Kami perlu mengikatnya pada belakang badan dan menggunakan motosikal untuk membawa mayat keluar dengan selamat,” katanya.

Chodkasem dilaporkan masuk seorang diri ke dalam hutan pada 13 Ogos lalu untuk mencari buah, namun tidak kembali ke rumah.



Keluarga yang bimbang dengan kehilangan warga emas itu kemudian menjalankan operasi mencari.

Operasi kemudian diteruskan, anak lelaki warga emas itu menemui bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri di bawah sebuah pokok.

Pihak berkuasa yang dimaklumkan kejadian untuk bantuan lanjut namun mengalami kesukaran kerana kawasan hutan yang terletak 30 minit perjalanan dari rumah terdekat.

Mayat warga emas itu bagaimanapun berjaya dibawa keluar menggunakan motosikal dihantar ke Hospital Nam Khiao untuk bedah siasat dijalankan. HM

Ikat mayat belakang badan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman

Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker