PN mohon tarikh baharu jumpa PM secara rasmi – Hamzah

PN mohon tarikh baharu jumpa PM secara rasmi – Hamzah

Perikatan Nasional (PN) telah menulis surat memohon tarikh baharu untuk mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, kata Hamzah Zainudin.

Setiausaha agung PN itu turut mengesahkan pertemuan beberapa pemimpin PN dengan Ismail sebelum ini secara tidak rasmi dan lebih kepada sembang santai.

“Kita sudah tulis surat (sebelum ini), beliau (Ismail) minta tangguh (jumpa secara rasmi). Minggu lepas, saya ada jumpa dengan beliau, tapi bukan secara rasmi lagi, sebab wakil PN sepatutnya kita hantar empat orang. Jadi beliau kata, kita sembang-sembang dulu.

“Saya sudah minta tarikh rasmi yang baharu supaya wakil PN boleh jumpa dan bentangkan apa yang kami mohon,” katanya selepas Majlis Pelancaran Sekolahku Sejahtera: Sepakat dan Selamat di SMK Putrajaya Presint 14(1) yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Radzi Jidin.

Ditanya sama ada wakil PN membangkitkan soal jawatan timbalan perdana menteri (TPM) dalam pertemuan santai dengan Ismail itu, Hamzah berkata, isu itu tidak dibangkitkan dan perbincangan mereka lebih menjurus kepada hal politik semasa.

“Tidak (bincang soal jawatan TPM) dalam perbincangan itu, (tetapi) lebih kepada masalah politik semasa, (seperti) apa perasaan PN mengenai apa yang berlaku dan sebagainya,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan isu jawatan TPM akan dibincangkan dalam pertemuan rasmi dengan Ismail nanti.

Sebelum ini, Bendahari PN, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau dan Hamzah mengadakan pertemuan dengan Ismail sambil makan tengah hari.

Wakil PN yang sebelum ini dinamakan untuk pertemuan rasmi dengan perdana menteri terdiri daripada Hamzah, Samsuri, Ahli Majlis Tertinggi PN, Takiyuddin Hassan dan Ketua Penerangan PN, Azmin Ali. FMT

PN mohon tarikh baharu jumpa PM secara rasmi – Hamzah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman

Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker