Nyawa melayang selepas Man Utd kalah

Nyawa melayang selepas Man Utd kalah

London: Polis menyiasat kematian lelaki berusia 31 tahun di Zimbabwe yang dibunuh menggunakan parang selepas bertengkar mengenai kekalahan 0-4 Manchester United kepada Brentford, Sabtu lalu.

Vukile Nkomo menonton perlawanan membabitkan Red Devils itu bersama abangnya di perkampungan kecil di Mbembesi pada malam Sabtu lalu.

Dia cuba mempertahankan abangnya yang bertengkar dengan seorang lagi penyokong mengenai perlawanan itu.



Menurut Sunday News, selepas perlawanan tamat, abangnya dan lelaki bernama Sthembelani Tshuma kemudiannya bergaduh.

Sthembelani kemudiannya meninggalkan mereka dan pulang ke rumah namun datang kembali dengan membawa parang dan menetak Vukile.

Abangnya berjaya menyelamatkan diri ke kedai berdekatan dan melaporkan kejadian kepada polis.

Namun dia sudah terlambat selepas adiknya terbunuh dengan berlumuran darah dan polis kini masih memburu Sthembelani yang melarikan diri selepas melakukan jenayah itu. HM



Nyawa melayang selepas Man Utd kalah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman

Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker