Beza kes Beng Hock, Najib

Beza kes Beng Hock, Najib

Kes kematian melibatkan pembantu pemimpin DAP, Teoh Beng Hock boleh dibuka semula walaupun selepas 10 tahun kejadian malang itu menimpa mendiang.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) juga membenarkan kes tersebut dibuka semula selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14.

Malah inkues dan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) turut diwujudkan bagi menyiasat kematian beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, pakar luar turut dibawa masuk bagi membantu siasatan.

“Setelah 10 tahun kematian Teoh Beng Hock, kerajaan PH yang menang PRU-14 pada 2018 mengarahkan kes itu disiasat semula.

“Mana dia bukti baru? Semua dibenarkan. RCI, inkues, dua kali bedah siasat, bawa masuk pakar patalogi luar Dr Pornthip dari Thailand dan gali semula kubur Teoh Beng Hock.

“Kerajaan PH turut campur tangan. Pada 20 Jun 2018, Kabinet umum kerajaan akan siasat semula kes kematian Teoh. Apakah itu bukan campur tangan proses keadilan? Sangat pelik,” katanya.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata, layanan berbeza diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Justeru, katanya, Najib wajar melahirkan rasa kecewa selepas dua permohonannya ditolak oleh mahkamah Rabu lalu.

“Dalam kes Najib, Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Peguam Diraja UK (United Kingdom) wakili Najib. Dr. Pornthip dari Thailand boleh tetapi peguam Jonathan James Laidlaw dari UK tidak boleh.

“Permohonan Najib kemuka bukti baru ditolak. Mohon tangguh kerana Najib diwakili oleh pasukan peguam baru juga ditolak. Pada hal Najib bukan minta buang kes macam Rafizi (Ramli).

“Najib mahu lawan di mahkamah. Najib wajar kecewa kerana tidak dibenarkan bawa bukti baru. Tetapi cari bukti baru sampai gali kubur boleh pula. Tak jumpa pun,” kata Mohd Puad.

Mahkamah Persekutuan Rabu lalu menolak permohonan Najib memasukkan bukti tambahan membabitkan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali menerusi rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Permohonan pasukan peguam baharu Najib yang minta diberi masa untuk membuat persiapan bagi rayuan kes SRC International turut ditolak. MG

Beza kes Beng Hock, Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman

Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker