Tumpu sajalah kes mahkamah kamu, Anwar beritahu Muhyiddin

Tumpu sajalah kes mahkamah kamu, Anwar beritahu Muhyiddin

Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta Muhyiddin Yassin memberi tumpuan kepada kes mahkamah dihadapinya daripada mendesak beliau meletak jawatan.

Anwar berkata, sokongan diterimanya daripada Ahli Parlimen masih kekal majoriti dua pertiga untuk menerajui Putrajaya.

“Kita kekal kemenangan, masih dapat dua pertiga Ahli Parlimen, dia (Muhyiddin) buat perkiraan apa, saya nasihatkan dia tumpu kes mahkamah,” katanya selepas Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin Madani serta Pusat Penjaja Madani di Jalan Tasik Selatan 2A Desa Tasik.

Sebelum ini, Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata Anwar perlu meletak jawatan sebagai perdana menteri susulan referendum rakyat hasil keputusan PRN enam negeri yang majoritinya dikuasai gabungan itu.

Desakan sama turut dibuat kepada Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Tumpu sajalah kes mahkamah kamu, Anwar beritahu Muhyiddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar didakwa hamil, ini respon Yusof Haslam

Apa sudah jadi BCL?

Hanya salah faham, saya kerani bukan peguam – Fatiya Latiff

Diana Danielle dapat pengganti?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker