PKPD Mungkin Berulang Kembali Akibat Varian Delta

PKPD Mungkin Berulang Kembali Akibat Varian Delta

KOTA BHARU – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berulang di lokaliti Kampung Bunut Sarang Burung, Mukim Wakaf Bharu, Tumpat berkemungkinan berpunca daripada penularan varian Delta yang sudah berada dalam komuniti.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr. Izani Husin berkata, jangkitan berkenaan menunjukkan penularan yang cepat sehingga menyebabkan keperluan untuk pelaksanaan PKPD kali kedua di kawasan tersebut.

“Kita lihat ada jangkitan berulang dalam kalangan penduduk di kampung berkenaan yang merebak dengan cepat. Berdasarkan maklumat Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, varian Delta dominan dalam komuniti dan ia dipercayai sama yang berlaku di Bunut Sarang Burung.

“Selain itu, la juga berpunca daripada sikap rakyat yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan oleh pihak kerajaan,” katanya ketika hadir Sambutan Majlis Semarak Kemerdekaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Istiqamah, Badang di sini hari ini.

Katanya, Kampung Bunut Sarang Burung dikenakan PKPD kali kedua bermula 24 Ogos sehingga 6 September depan selepas kawasan itu sudah menjalani perintah yang sama pada April lalu.-K! ONLINE

PKPD Mungkin Berulang Kembali Akibat Varian Delta


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Paralimpik Tokyo: Bonnie raih emas pertama negara

Lolanopita Ibu Remaja OKU Arwah Muhammad Firdaus Meninggal Dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker