18,000 Bakul Rahmah diagih bermula Ramadan

Inisiatif bakul rahmah oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi membantu golongan miskin tegar di seluruh negara dijangka bermula awal Ramadan ini.

Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pemberian tersebut akan melibatkan seramai 18,000 daripada 37,000 isi rumah miskin tegar dari seluruh negara, yang akan menerima bakul rahmah berisi barangan keperluan asas bernilai RM100.

“Fasa pertama sebenarnya kita sasar separuh daripada 130,000 isi rumah miskin tegar sepanjang tahun. Dengan peruntukan yang ada kini, kita beri 18,000 bakul rahmah dulu.



“Ini bukan untuk B40 tapi untuk yang lebih bawah daripada itu iaitu golongan miskin tegar di mana antara kriterianya adalah pesakit kronik, salah seorang suami atau isteri terpaksa berhenti kerja kerana menjaga anak yang sakit, terpaksa menjaga sanak saudara anak yatim, itu semua kita ambil kira,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kembali ke Sekolah Peringkat Negeri Johor di Dewan Raya Taman Bukit Indah, di Johor Bahru, hari ini.

Sementara itu, mengenai pakej Pakaian Raya Rahmah, ia akan dimaklumkan kemudian setelah sesi libat urus bersama industri tekstil selesai minggu hadapan, kata Salahuddin.

“Insya-Allah kita akan umumkan Pakej Pakaian Raya Rahmah yang akan ditawarkan kepada mereka yang memerlukan.



“Semalam telah diumumkan RM100 juta untuk menjayakan inisiatif Payung Rahmah jadi saya akan melihat butiran kepada RM100 juta itu dengan cepat. Pembentangan belanjawan seterusnya bulan Oktober, jadi kena cepat, kalau boleh sampai kepada semua golongan sasar,” katanya.

– Bernama

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’



Zarina jawab tuduhan Khazrul



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker