Rempuh SJR, Alza dikejar sejauh 36 kilometer
Rempuh SJR, Alza dikejar sejauh 36 kilometer
SUNGAI PETANI: Dua lelaki ditahan selepas dikejar sejauh kira-kira 36 kilometer kerana ingkar arahan berhentikan kenderaan ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Sungai Dua Utara pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, kedua-dua suspek berusia 21 dan 23 tahun yang menaiki kereta jenis Perodua Alza telah memecut kenderaan biarpun arahan berhenti dengan membunyikan wisel dan menunjukkan isyarat tangan yang mudah difahami ke arah pemandu telah dibuat.
Menurutnya, polis bertindak mengejar kenderaan tersebut dari Plaza Tol Sungai Dua Pulau Pinang hingga ke Plaza Tol Sungai Petani Selatan, Kedah selain membunyikan siren dan speaker suara ke arah suspek.
“Arahan berhenti dan menggunakan lampu beacon tidak diendahkan sehingga suspek dilihat memecut dan melakukan aksi zig-zag sepanjang lebuh raya dari Kilometer 113 sehingga Kilometer 108 susur keluar Sungai Petani yang membahayakan pengguna jalan raya lain.
“Semasa sampai di Plaza Tol Sungai Petani, kenderaan tersebut telah melanggar palang di plaza tol di Lorong K06,” katanya.
Zaidy berkata, selepas melanggar palang tol, kenderaan suspek terus memecut ke Jalan Lencongan Barat sehingga lampu isyarat Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani.
“Semasa hendak menahan kenderaan tersebut di lampu isyarat, suspek telah melanggar arahan lampu isyarat merah serta merempuh sebuah kereta jenis Honda Accord,” katanya.
Tambah beliau, suspek turut melanggar pembahagi jalan dan tiang lampu isyarat menyebabkan kenderaan tersebut berpusing satu kali serta tayar bahagian hadapan kiri dan bahagian belakang kiri meletup.
Katanya, suspek keluar dari kereta dan melarikan diri ketika cuba ditangkap sehingga berlaku pergelutan, namun kedua-duanya berjaya ditahan.
“Pemeriksaan ke atas kenderaan suspek tidak menemui apa-apa barang salah bagaimanapun pemandu kenderaan berusia 23 tahun tidak mempunyai lesen memandu.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. Sinar
Rempuh SJR, Alza dikejar sejauh 36 kilometer
Baca Artikel Menarik:
- Dakwa bapa tak ajar solat, isteri Aizat mohon jangan ‘judge’
- Yasmin, Alif belum tetap tarikh kahwin
- Tak perlu tanam semula, pokok hutan akan tumbuh sendiri – Sanusi
- Wan Saiful meroyan sebab jawatan
- ‘Misteri’ batu nisan dicabut, gelandangan di Sibu ditahan
- Dakwa peniaga jika status halal makanan diragui – Mufti
- Saya akan terus setia dengan Bossku -Thanenthiran
- Ismail laksana pelbagai pembaharuan politik radikal sejak ambil alih pentadbiran – Khaled
- Kes Amar Singh: Beberapa individu akan dirakam keterangan – Polis
- Guru siram pelajar tidur dalam kelas
- Penyiasat paranormal dedahkan kewujudan hantu di setiap rumah
- Hafiz Mahamad tanggung 120 staf kerjakan umrah
- Nak Cabar Siapa Sebenarnya? – Ustazah Asma
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)
You must be logged in to post a comment.