Michelle Yeoh dapat PhD

Michelle Yeoh dapat PhD

LOS ANGELES: Aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, 60, menjadi artis Asia pertama menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam seni halus dari Institut Filem Amerika (AFI), di sini.

Portal The Hollywood Reporter melaporkan, majlis penganugerahan berlangsung di TCL Chinese Theatre, Hollywood, semalam.

Michelle mendapat pengiktirafan AFI atas sumbangan besar dalam industri perfileman Hollywood selama kira-kira 40 tahun mengabdikan diri dalam dunia seni.

Pengarah filem komedi, Everything Everywhere All at Once dibintangi Michelle, Daniel Scheiner memuji aktres kelahiran Ipoh, Perak itu, lapor agensi.

“Saya fikir kami memandang rendah betapa berisiko skrip filem ini untuk dirinya.

“Ketika berada di set penggambaran, kami melihat Michelle ‘daring’ kerana berani meletakkan jarinya ke mulut pelakon gandingan, Jamie Lee Curtis yang bukan calang-calang bintang.

“Jika anda belum menonton filem ini, semua itu terjadi dalam karya berkenaan. Kami sesama sendiri melihat ia sebagai suatu lakonan yang berani,” katanya.

Selain Michelle, filem Everything Everywhere All at Once dibintangi Stephanie Hsu, Ke Huy Quan, Jenny Slate, Harry Shum Jr, James Hong dan Jamie Lee Curtis.

Michelle sudah berlakon lebih 70 filem. Antara filem lakonannya adalah Crouching Tiger, Hidden Dragon, Memoirs of a Geisha, Tomorrow Never Dies dan Crazy Rich Asians. BH

Michelle Yeoh dapat PhD


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker