Kes SRC: Hakim Nazlan mungkin berat sebelah, tidak dedahkan peranan Maybank – Hisyam Teh

PUTRAJAYA: Pengetahuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengenai penubuhan SRC International Sdn Bhd pada 2010, dikhuatiri boleh menyebabkan alasan penghakiman beliau terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berat sebelah, Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini.

Ketua pasukan pembelaan Najib, Hisyam Teh Poh Teik dalam hujahannya berkata, Mohd Nazlan sebelum ini tidak pernah mendedahkan bahawa beliau pernah menyandang jawatan sebagai Penasihat Am dan Setiausaha Kumpulan Maybank antara 2006 hingga 2015.

Hisyam berhujah, bukti baharu tersebut, boleh memberi asas bahawa kepada mana-mana pihak yang rasional bahawa Mohd Nazlan yang kini merupakan Hakim Mahkamah Rayuan tidak dapat memberi kehakiman dengan minda yang objektif dan terbuka.

Memetik alasan penghakiman Mohd Nazlan pada Julai 2020, Hisyam berkata, Hakim Perbicaraan tidak memasukkan mana-mana kenyataan bahawa Maybank terlibat dalam penubuhan SRC International Sdn Bhd pada 2010.



“Maybank mempunyai peranan dalam pembentukan SRC. Tetapi tidak disebut dalam mana-mana perenggan alasan penghakiman Hakim Perbicaraan tentang peranan Maybank itu,” hujahnya lagi.

Permohonan meminda usul dan memasukkan bukti baharu itu didengarkan di hadapan panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Selain itu, panel turut dibarisi Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk P Nallini, Datuk Mary Lim Thiam Suan, dan Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.

Dalam hujahannya, Hisyam turut memetik keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh Zain Azhari Zainul Bador, bahawa saksi itu pernah menasihati 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menubuhkan SRC International, sebagai sebuah syarikat khusus bagi tujuan perolehan aset strategik.



Untuk rekod, Zain Azhari merupakan Pengarah dan Ketua Projek Penasihat Kewangan bagi Maybank Investment Bank Bhd

Hisyam berkata, keterangan itu diperoleh pihak pembelaan sekitar Mei tahun ini dan kerana tiada hujahan balas daripada pihak pendakwaan berhubung kenyataan itu, ia telah memenuhi kriteria di bawah Seksyen 93 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Selain itu, Hisyam berhujah, pasukan pembelaan yang sebelum ini diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah langsung tidak disediakan sebarang dokumen berhubung peranan Maybank dalam pembentukan SRC International, sewaktu perbicaraan berlangsung di peringkat Mahkamah Tinggi.

Memandangkan ia juga tidak menerima sebarang hujah balas daripada pihak pendakwaan, Hisyam menegaskan, perkara itu juga memenuhi kriteria di bawah Seksyen 93.



Katanya lagi, jika pasukan pembelaan mengetahui tentang perkara itu lebih awal, maka mereka sudah tentu akan memohon Mohd Nazlan daripada terus menjadi Hakim Perbicaraan.

Atas hujahan tersebut, Hisyam berkata, pasukan pembelaan mendapati terdapat kecenderungan untuk memberi penghakiman yang berat sebelah terhadap anak guamnya, susulan pengetahuan yang diperoleh Mohd Nazlan sewaktu masih bersama Maybank.

Untuk rekod, Seksyen 93 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 menyatakan dalam kes jenayah, Mahkamah Persekutuan boleh mempertimbangkan tentang bukti baharu untuk dibentangkan di peringkat Mahkamah Tinggi.

Pasukan pendakwaan yang diketuai Datuk V Sithambaram memberitahu mahkamah, mereka perlukan sedikit masa untuk menyusun hujahan, dan Tengku Maimum membenarkan prosiding berehat sehingga 2 petang.

Bernama sebelum ini melaporkan, sekiranya Najib gagal dalam permohonan ini, Mahkamah Persekutuan dijangka meneruskan pendengaran rayuan Najib terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atasnya oleh Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu Mohd Nazlan pada 28 Julai, 2020.

Selain Hisyam, bekas Perdana Menteri itu diwakili peguam Datuk Zaid Ibrahim, Liew Teck Huat dan M. Rueben.

Pasukan pendakwaan pula diketuai oleh Sithambaram dengan dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Donald Joseph Franklin, Sulaiman Kho Kheng Fuei, Mohd Ashrof Adrin Kamarul dan Manjira Vasudevan.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker