Kakak Ronaldo Tempelak Bos Real Madrid

Kakak Ronaldo Tempelak Bos Real Madrid

KAKAK kepada Cristiano Ronaldo, Katia Aveiro tampil mempertahan adiknya apabila mengatakan bintang sensasi Manchester United itu masih cergas dan boleh beraksi dengan baik.

Malah, Katia turut membidas Presiden Real Madrid, Florentino Perez yang menolak untuk mendapatkan kembali khidmat kapten Portugal itu kerana dianggap sudah berusia.

“Ronaldo masih boleh melompat setinggi dua meter di udara dan kekal untuk tiga minit, badannya tidak ada lemak. Sedar diri orang tua, anda 75 tahun.

“Ronaldo yang baru berusia 37 tahun, sedang berusaha mencari kelab yang beraksi di Liga Juara-Juara,” catat Aveiro menerusi laman sosial Instagramnya.

Sebelum itu, Perez ditanya peminat sama ada kelab gergasi Sepanyol tersebut akan menandatangani semula Ronaldo dan dia menjawab; “Sekali lagi? Dia sudah berusia 37 tahun,” katanya.

Untuk rekod, Ronaldo masih kekal memegang rekod penjaring terbanyak Real dengan 452 gol.

Biarpun masih berbaki setahun kontrak di Old Trafford, Ronaldo telah menyatakan untuk meninggalkan United pada jendela kali ini. SH

Kakak Ronaldo Tempelak Bos Real Madrid

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker