Ganja punya hal, industri pelancongan Thailand meningkat mendadak

Perdana Menteri Prayuth Chan-o-cha melaporkan bahawa kerajaan menjangkakan kira-kira 10 juta pelancong asing melawat Thailand menjelang akhir tahun ini dengan kebanyakan mereka mahu mengambil ganja, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kerajaan Thailand mengeluarkan tumbuhan ganja daripada senarai narkotik berbahaya pada 9 Jun lalu, menjadikan orang ramai bebas untuk menanam dan menjualnya.

Pengeluaran dan penggunaan ganja hanya dibenarkan untuk kegunaan perubatan, bukan untuk tujuan rekreasi.

Kebenaran hanya diberikan kepada ganja berpotensi rendah mengandungi kurang daripada 0.2 peratus tetrahydrocannabinol daripada sebatian halusinogen.

Kerajaan Thai tidak menggalakkan penggunaan ganja secara rekreasi dan menyatakan, sesiapa yang ditangkap menghisap ganja di tempat awam boleh didakwa di bawah Akta Kesihatan Awam akibat ‘gangguan bau’ dan berdepan denda 25,000 baht (RM3,146) serta penjara tiga bulan.

Undang-undang itu bagaimanapun dilihat lebih longgar di Koh Samui.

Pemilik kelab Chi di Bang Rak Koh Samui, Carl Lamb menjual ganja gulung bersama champagne, wain Perancis dan menu yang mengandungi Cannabidiol (CBD).

Lamb memberitahu bahawa dia pada asalnya mencuba ganja secara perubatan kerana dia mempunyai masalah pencernaan. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker