Urus niaga saham Boustead Plantations digantung serta merta

Urus niaga dalam saham-saham Boustead Plantations Bhd (BPlant) akan digantung serta-merta selepas tamat tempoh lima hari pasaran dari tarikh tutup pengambilalihan terakhir menjelang 5 Jan 2024.

BPlant berkata Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), yang membuat keputusan tawaran pengambilalihan tanpa syarat mandatori untuk semua baki saham dalam syarikat pada harga RM1.55 sesaham, telah menerima penerimaan yang sah di bawah tawaran serta telah memperoleh saham tawaran.

“Ini telah menyebabkan LTAT dan orang yang bertindak secara bersama (PAC) secara kolektif memegang 2.02 juta saham BPlant, mewakili 90.26 peratus daripada jumlah saham terbitan BPlant setakat 5 petang pada 22 Dis 2023,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

LTAT telah melanjutkan tawaran pengambilalihan sehingga 5 Jan, 2024 , mulai 22 Dis 2023.

BPlant berkata, memandangkan LTAT dan PAC secara kolektif memegang lebih 90.0 peratus sahamnya, dan LTAT tidak berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraian syarikat itu di Pasaran Utama, Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) akan menggantung dagangan saham BPlant serta-merta.

“Selepas itu, LTAT akan mendapatkan BPlant untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan bagi menarik balik status penyenaraiannya daripada Senarai Rasmi mengikut perenggan 16.07 Keperluan Penyenaraian.

“Oleh itu, jika Bplant dinyahsenarai daripada Senarai Rasmi akibat daripada LTAT dan PAC secara kolektif memegang 90.0 peratus atau lebih saham BPlant, saham BPlant tidak lagi didagangkan di Pasaran Utama Bursa Securities,” katanya.

Walaupun adanya perkara di atas, tawaran itu akan tetap dibuka untuk penerimaan sehingga 5 petang pada Jumaat, 5 Jan 2024, tambahnya lagi.

– Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton

CEO Starbucks merungut apa tu?

Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan

Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker