[VIDEO] Kantoi…“Curi-curi makan…” – Gelagat Comel Permaisuri Agong Tunku Azizah Terkantoi Masuk TV Jadi Perhatian Netizen

Awal tahun lalu, banjir teruk telah melanda negeri Pahang yang telah memusnahkan penempatan penduduk sekaligus membuatkan jalan utama ditutup berikutan air naik dengan mendadak.

Ribuan penduduk terpaksa dipindahkan ke kawasan lebih selamat berikutan penempatan mereka juga turut dinaiki air hingga melepasi paras bahaya.

Sehubungan dengan itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah pergi melawat ke kawasan berkenaan bagi menghulurkan bantuan.

Difahamkan, pada ketika itu baginda sempat memasak beberapa hidang khas buat mangsa di penempatan banjir tersebut.

Terakam gelagat comel Tunku Azizah Terbaru, gelagat Tunku Azizah yang mencuba masakan di penempatan tersebut dikatakan terakam oleh sebuah televisyen ketika sedang membuat liputan di kawasan itu.

Perkara tersebut dikongsikan semula oleh seorang pengguna TikTok yang merasakan tindakan baginda begitu comel.

@_veggies

Ya Allah!!! Permaisuri Agong notice!!mau tercabut jntng😭#rajadanrakyatberpisahtiada #foryoupage #tunkuazizah #pahangroyalfamily #rajapermaisuriagong

♬ bunyi asal – ♥︎♥︎♥︎ – rrraaawwrr🍼

Namun, tanpa disangka, perkara itu juga dikongsi semula oleh Tunku Azizah menerusi akaun Instagram milik baginda.

“Kantoi…!!”

https://www.instagram.com/p/CMJpZi4BYSA/

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur akan gelagat baginda malah memuji baginda seorang yang comel dan juga spontan.

Sumber: Instagram AirTangan_TunkuAzizah

[VIDEO] Gelagat Zizan Razak Terserempak Dengan Ular Sawa Di Tengah Jalan Raya Undang Pelbagai Respon Dari Netizen 🤣🤣

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker